Lama tidak menulis sehinggakan wordpress versi terkini 2.8.4 sedangkan saya masih lagi menggunakan wordpress versi 2.7.1 punya lah jauh ketinggalan dengan rakan-rakan blogger yang lain.
Mungkin saya juga boleh dikategorikan sebagai “bargain hunters” di lelong.com.my dan ebay.com sejak saya tidak menulis apa-apa di blog ini. Nak tau apa itu bargain hunters boleh ke blog Dr Irfan Khairi. Setiap seminggu pasti ada barang yang di beli di lelong atau pun ebay. Paling kurang pun 2 barang seminggu. Ini kerana terdapat banyak pilihan dan peniaga di sana walaupun kos penghantaran di tanggung oleh pembeli tetapi kosnya masih lagi murah berbanding di kedai atau pasaraya biasa ditempat.
Ok. Berbalik kepada wordpress. Bagaimana cara nak upgrade wordpress sampaikan saya pun hampir lupa macam mana nak upgrade. Walaupun ada pakai plugin automatik tapi sudah tidak berfungsi lagi. Langkah-langkah yang sering saya lakukan semasa saya melakukan upgrade secara manual telah pun saya tuliskan tutorialnya. Boleh download kat sini.