Dr. Alan Francis adalah nama penanya sahaja. Buku ini telah terjual sejuta naskah di seluruh dunia dan didalamnya hanya mempunyai helaian buku yang kosong tanpa sebarang cetakan. Buku tersebut bertajuk Everything Men Know About Women. Yang pasti kulit bukunya sahaja yang banyak dikemas kini untuk edisi terbaru.
Kalau lihat di amazon kulit bukunya agak lebih menarik. Sungguh kreatif. Bagaimana beliau boleh menjual buku seperti ini dengan bukan cara pemasaran tradisional di kedai-kedai buku.
Walaupun ianya agak pelik dan merugikan bagi saya, teringin juga memiliki buku kosong ini sebagai koleksi buku dan motivasi.
Anda boleh melayari laman web pemilik idea mencipta buku ini di cindycashman.com
Sebenarnya tidak pun merancang untuk membeli buku ini terlebih dahulu tetapi disebabkan oleh faktor penjenamaan Manchester United (MU) yang begitu terkenal sekali menyebabkan saya membeli juga buku ini.