Urus Kedai Online Anda Dengan Sistem OpenCart

Bagi yang telah lama menjalankan perniagaan menjual produk di internet pasti anda telah menghadapi kesukaran dalam membagunkan sebuah kedai online yang mesra kepada pengguna. Untuk membina sebuah kedai online yang mesra pengguna pada masa kini, anda memerlukan kos yang sangat tinggi.

Anda memerlukan modal sekurang-kurangnya RM1000 bagi memiliki sebuah kedai online yang mesra pengguna. Ianya pasti berbaloi dengan sistem yang interaktif, bersistematik dan memudahkan pelanggan. Ianya seolah-olah anda mempunyai sebuah pasaraya yang menyediakan troli baranganan yang memudahkan pelanggan anda membuat pembelian barang.

Kebanyakkan kedai online pada ketika ini menggunakan blog. Ianya lebih dikenali sebagai blogshop. Pada pendapat saya bagi mereka yang telah mempunyai banyak barang di blogshop pasti anda akan menghadapi kesukaran dalam menguruskan barangan jualan anda yang semakin bertambah.

Salah satu cara bagi mengatasi masalah modal yang tinggi dan mempunyai sistem kedai yang mesra mengguna anda boleh menggunakan Sistem OpenCart bagi membagunkan kedai online anda. Dengan menggunakan Sistem OpenCart anda mudah menyusun barangan jualan anda mengikut kategori.

Sistem OpenCart juga akan membuat pengiraan jumlah pembelian barangan beserta dengan kadar pos yang telah anda tetapkan secara automatik bagi memudahkan pelanggan anda membuat pembelian. Di sini anda mempunyai Juruwang yang akan mengirakan jumlah harga barangan yang akan dibayar oleh pelanggan anda.

Sistem OpenCart juga mempunyai sistem invois yang akan dihantar terus kedalam email pelanggan anda setelah pelanggan anda, seselai membuat pilihan barangan yang ingin dibeli. Pelanggan anda akan dapat melihaatnya seperti resit pembelian yang mana setiap barang akan disenaraikan beserta dengan harga dan jumlah pembayaran.

Sistem OpenCart juga memudahkan peniaga dalam memasarkan produk. Ini kerana Sistem OpenCart dilengkapi dengan sistem affiliate.

Untuk mengetahui lebih banyak lagi kelebihan yang ditawarkan oleh Sistem OpenCart klik bannner di bawah.

Pakej Video Sistem Affiliate Dilancarkan.

Pada hari ini saya ingin melancarkan produk terbaru iaitu Pakej Video Sistem Affiliate. Sempena hari pelancaranyan pada hari ini saya menawarkan pakej ini dalam bentuk muat turun dan juga CD yang akan dihantar ke rumah anda.

Video tutotial yang disertakan didalam pakej ini akan mengajar anda bagaimana memasang Script Sistem Affiliate Lite. Script yang digunakan dalam pakej ini telahpun dimodifikasi ke dalam Bahasa Melayu. Sekiranya anda pernah menyertai program-program affiliate tempatan sebelum ini kesemua konfigurasi dan juga menu sistem didalam Bahasa Inggeris.

Selain itu juga anda boleh menjalan Program Pay Per Lead menggunakan script ini. Ianya bagi memperkenalkan produk anda dibasaran dengan cepat kerana ianya dibayar. Kalau tak percaya anda boleh cuba membuatnya. Untuk maklumat lanjut sila ke laman web http://www.sistemaffiliate.biz

Saya juga turut menyediakan ruangan affiliate bagi anda yang ingin mencuba dan melihat antara muka script ini dan menjana komisyen bagi setiap jualan produk. Bagi anda yang ini menjadi agen affiliate bagi  mempromosikan produk dan menjana komisyen bagi setiap salinan produk yang terjual ini boleh mendaftar di sini. Daftar

Memiliki Pekerja Maya Secara Percuma

Tahukah anda bahawa anda boleh memiliki sekumpulan pekerja maya yang boleh membantu untuk memasarkan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan di internet dengan mudah, cepat dan berkesan?

Apa yang anda perlukan hanyalah satu bentuk “system” pengurusan yang dikenali sebagai system affiliate untuk mengurus, memantau serta merekod aktiviti pekerja – pekerja maya ini melakukan pemasaran buat anda.

Yang sebenarnya, pekerja maya ini adalah dikenali sebagai “agen affiliate”. Mereka ini akan dibayar “gajinya” hanya apabila mereka berjaya menghasilkan jualan terhadap produk yang dipasarkan.

Senang cerita, mereka diberikan “komisyen” untuk usaha promosi dan jualan yang mereka lakukan. Anda boleh memiliki pekerja ini secara percuma dengan menawarkan peluang “bekerja” atau “joint  venture” kepada kenalan – kenalan online anda.

Katakan produk anda bernilai RM50.00, maka anda bolehlah menawarkan komisyen berdasarkan jumlah keuntungan anda kepada agen affiliate ini.

Sebagai contoh produk anda adalah kasut. Harga jualan yang anda tawarkan adalah RM50.00 manakala harga kos produk yang anda perolehi adalah RM20.00.

Continue reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...