Hosting Percuma & Mengubah dns Domain

Saya baharu sahaja menghasilkan sebuah report bagaimana anda boleh memiliki akaun hosting secara percuma. Diantara kandungan didalam report ini adalah seperti berikut

tn_hd.jpg

  • Script yang boleh anda pasang di ruangan hosting percuma anda.
  • Cara mendaftar ruangan hosting percuma.
  • Cara mengubah dns domain anda.

Saya sendiri telah mencuba akaun hosting percuma tersebut dan telah menggunakan salah satu domain yang saya miliki. Antara salah satu kelebihan akaun hosting percuma ini adalah tiada gangguan iklan bagi menggunakannya (ketika ebook ini ditulis) dan anda juga boleh menggunakan perisian FTP bagi memuat naik fail-fail laman web anda.

Anda boleh memuat turun fail ini diruangan download. Terdapat 3 ebook baru saya tambah di ruangan tersebut.

  1. 6 Modul Adsense Terbaik
  2. Modul Pembelajar Photoshop
  3. Modul Pembelajaran Flash MX

Sila daftar di ruangan newsletter untuk mendapatkan password untuk ruangan download.

Pay Per Lead Pertama IM Malaysia.

Ini pertama kali IM dari Malaysia yang menganjurkan program pay per lead yang saya ketahui. Rasanya sebelum ini belum pernah ada IM dari Malaysia yang menganjurkan untuk pasaran tempatan.

Melalui program ini anda akan dibayar sebanyak RM0.25 bagi setiap report yang anda kenalkan kepada rakan anda. Ianya baru bermula pada 13 Mei 2008, walaupun begitu tamat tempoh promosi ialah pada 30 Jun 2008 atau bila-bila masa sahaja pihak pengendali laman ini.

Bagi anda yang ingin mencuba seperti saya anda boleh memuat turun repot ini dengan mengklik banner di bawah. Sila isikan nama & alamat email anda di laman tersebut. Jangan lupa membaca report tersebut kerana didalamnya banyak informasi mengenai JV Give Away yang selalu diadakan dipasaran antarabangsa dan saudara penulis iaitu saudara Mawardee adalah diantara salah seorang top affiliate JV Give Away yang beliau sertai. Tak rugi kalau anda membacanya.

Dibayar walaupun hanya USD1

Beberapa hari lalu saya ada menerima pembayaran dari program pay per lead. Iaitu dengan mempromosikan ebook 10 Outsourcing Mistakes. Hanya seorang sahaja yang memuat turun ebook ini. Jadi dapatlah 1USD. Sebenarnya ramai juga rakan blogger yang sudah pun mendapat pembayaran dari Chris Crompton.

Walaupun saya hanya berjaya mendapat 1USD tetapi saya tetap juga dibayar. Kalau nak tukar ke dalam duit Malaysia lebih kurang RM 3.15161

Program ini masih lagi diteruskan. Sebagai salah satu syarat bagi memastikan anda menerima bayaran, pastikan rakan anda memuat turun ebook ini. Bagi yang ingin mencuba boleh mendaftarkan akaun anda di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...