Rahsia Jutawan Lelong

Bagi anda yang masih belum mengetahui, buku Rahsia Jutawan Lelong baru sahaja diterbitkan. 2 hari yang lalu saya  telah pun menerima buku ini. Buku ini adalah merupakan buku kesinambungan dari buku pertama iaitu Rahsia Raja Lelong.

Buku ini adalah karangan daripada bro Eruwan Gerry Norsen terbitan TrueWealth Publishing. Untuk pengetahun anda kandungan di dalam buku ini lebih advan dan lebih tertumpu kepada 2 laman lelong terbesar iaitu lelong.com.my dan ebay.

Bagi anda yang masih baru saya sangat-sangat mencadangkan anda untuk mendapatkan buku Rahsia Raja Lelong terlebih dahulu. Ini kerana di dalam buku Rahsia Raja Lelong anda akan diajar perkara-perkara asas bagi membuat belian dan jualan di laman lelong. Tetapi sekiranya anda sudah cukup arif dengan laman lelong dan bagi meningkatkan lagi kemahiran anda berjual beli Rahsia Jutawan Lelong mempunyai jawapannya.

Bagi anda yang ingin mendapatkan buku Rahsia Jutawan Lelong boleh mendapatkannya dengan harga diskaun jualan akhir tahun TrueWealth yang akan berakhir pada Khamis tengah malam 18th Dec 08. Jangan lupa beli buku ini. Saya juga adalah merupakan salah seorang pemberi testimonial di dalam buku ini. Jadi dapatkan buku ini dengan di laman TrueWealth.

Nantikan Disember ini.

Salah satu buku yang bakal terbit pada bulan Disember nanti “Rahsia Jutawan Lelong” karangan saudara Eruwan Gerry Norsen. Buku ini adalah kesinambungan dari buku pertama belia iaitu Rahsia Raja Lelong.  Ianya mengandungi pelbagai perkara yang lebih advan berbanding buku pertama.

Berikut merupakan di antara beberapa perkara yang akan akan anda ketahui di dalam buku terbaru tersebut :

  1. Kepentingan memulakan Member Store di Lelong.com.my
  2. Kepentingan memulakan eBay Store di eBay.com
  3. Contoh-contoh Member Store dan eBay store yang berjaya!
  4. Rahsia penjenamaan diri dan perniagaan anda!
  5. Pendaftaran Trademark
  6. Sebab mengapa anda perlu memulakan laman web anda sendiri
  7. Cara memulakan syarikat anda sendiri!
  8. Rahsia mengawal perbelanjaan dan meningkatkan keuntungan lelongan online anda!
  9. Rahsia mencapai kejayaan di dalam lelongan online dan perniagaan internet! dan banyak lagi…

Continue reading

Rahsia Raja Lelong

Sejak beberapa hari lalu saya sering ke laman web lelong.com.my. Sebenarnya seronok jugak ke laman lelong ni macam-macam barang yang menarik di tawarkan. Kalau kita bernasib baik mungkin mendapatkan barang baru dengan harga yang murah.

Banyak jugak barangan yang di tawarkan di laman lelong dengan harga permulaan serendah RM1 sahaja.

Rahsia Raja Lelong adalah sebuah buku karangan saudara Eruwan Gerry Norsen. Buku ini tebalnya lebih kurang 280 mukasurat. Di dalam buku ini turut menceritakan bagaimana penulis pada awalnya hanya menjual barang-barang yang tidak diperlukan di laman lelong sebagai hobi tetapi kini pendapatan di lelong menjadi pendapatan ke 2 beliau. Beliau mendapat pendapatan melebihi Rm30,000 sebulan.

Lama jugak saya nak habis membaca buku ni. Sambil baca sambil perhatikan fungsi-fungsi yang terdapat di laman lelong ni. Kalau di lihat pada laman lelong ni memang ramai pengunjung.

Bagi saya buku ini sangat bagus terutamanya buat saya yang sangat baru dalam dunia lelong ni. Di dalam buku ini menceritakan 12 rahsia untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan anda di laman lelong. Terdapat juga banyak tip yang berguna bagi penjual atau pembeli di laman lelong. Bagai anda yang rasa-rasa banyak barangan di rumah yang tidak digunakan lagi boleh lah cuba-cuba menjual di laman lelong ni. Continue reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...