Gaji PM
SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menerima saranan sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh pemerintah bagi mengurangkan gajinya, para menteri Kabinet dan Presiden negara berkenaan.
Saranan tersebut melibatkan pemotongan sekurang-kurangnya satu pertiga gaji menteri-menterinya yang berjumlah jutaan dolar, menurut dokumen tangga gaji baharu semalam.
Walaupun pemotongan tersebut dibuat, menteri di Singapura kekal antara menteri yang menerima gaji termahal di dunia.
Pemotongan gaji itu pernah dijanjikan oleh Hsien Loong bagi meredakan kemarahan rakyat selepas pilihan raya umum 2011 berlangsung.
Hsien Loong sendiri akan menerima gaji berjumlah AS$1.69 juta (RM5.31 juta) setahun iaitu pengurangan sebanyak 36 peratus berbanding sebelumnya.