Tag Archives: Motivasi
Filem Yang Memberikan Motivasi
Oleh kerana 3 hari bercuti di rumah ni saya rehat-rehatkan diri dengan menonton video yang dapat memberikan motivasi diri kepada saya. Melalui bacaan saya di blog dan buku terdapat filem yang telah ditonton oleh penulis yang dapat memberikan inspirasa dan motivasi kepada mereka. Jadi saya pun taknak ketinggalan untuk menonton filem yang menarik tersebut.
Filem yang telah saya maksudkan adalah Meet The Robinsons. Ceritanya lebih kurang macam cerita yang saya minati iaitu Back To The Future. Apa yang menariknya dalam cerita Meet The Robinsons korang boleh baca mengenainya di blog Dr Irfan yang bertajuk bila cartoon memberi motivasi.
Lagi satu filem yang nak saya tonton adalah Rocky (1976). Cerita lama ni. Saya berminat untuk menonton filem ini kerana di dalam buku Adam Khoo Master Your Mind Design Your Destiny ada menceritakan mengenai sejarah hidup Sylvester Stallone. Bagaimana Sylvester Stallone ini sajak dari kecil dan kemudian mengenai menulis skrip filem dan berlakon watak utama dalam filem tersebut. Banyak juga rintangan yang dia hadapi sebelum skrip filemnya diterima untuk di filemkan. Di dalam buku Adam Khoo beliau menceritakan yang beliau menggunakan muzik latar bagi filem tersebut yang digunakan di dalam telefon bimbitnya untuk mengerakkannya setiap pagi. Katanya muzik tersebut memberikannya semangat. Lebih kurang macam tu la…
Lepas ni nak tonton video yang ditonton oleh usahawan iaitu video usahawan pula.
Saya akan menulis ulasan mengenai video DVD tersebut setelah ianya sampai nanti. Kalau anda pernah menonton filem yang menarik dan memberikan motivasi kepada diri anda bolehlah konsikannya di ruangan komen.
Selamat berpuasa.
Who Moved My Cheese?
Dah lama jugak buku ni, hampir 10 tahun. Walaupun saya tak habis lagi baca kandungan salah satu buku
bestseller ni tapi dapatlah sedikit maklumat yang ingin disampaikan. Apa-apa pun terima kasih Pakdi.
Di sini saya nak kongsikan bersama anda 2 video animasi mengenai buku ni
Tengok yang video no 1 dulu pastu yang ke 2.
ada masa nanti nak sambung baca semula.
ps : Kuota untuk harga special MRRMegasale kini tinggal lagi 17 tempat!
ps : Ada sebuah lagi produk versi terbaharu yang bakal dilancarkan pada esok. Jangan lupa berkunjung ke sini semula esok.