Rahsia Jutawan eBay

phpThumb_generated_thumbnailjpg Rahsia jutawan ebay adalah buku terbaru yang selesai saya baca. Tidak seperti apa yang saya gambar mengenai buku ini iaitu menunjukkan teknik yang lebih advan dalam menjana pendapatan di ebay.

Buku ini juga bagi saya terlalu panjang dan tidak begitu banyak gambar yang boleh dilihat. Mungkin disebabkan oleh buku penulisan bersama oleh Stuart Tan & Benjamin Marc Wee. Saya dapat rasakan bab permulaan didalam buku ini dan bab akhir sekali ditulis oleh Benjamin Marc Wee dan Stuart Tan pula menulis di bab-bab di tengah buku ini. Itu hanya pada tekaan saya sahaja. Sebab saya beranggapan demikian kerana bab permulaan dan bab akhir buku ini ada menyelitkan hal peribadi yang dilakukan oleh penulis dan bab ditengah-tengah hanya banyak menceritakan tentang surat jualan ataupun minisite.

Setahu saya Stuart Tan pakar dalam Neuro-linguistic programming (NLP) dan bab di tengah buku banyak menceritakan tentang menulis surat jualan daripada atas iaitu tajuk yang menarik sehinggalah menulis PS di surat jualan.

Continue reading

Nantikan Disember ini.

Salah satu buku yang bakal terbit pada bulan Disember nanti “Rahsia Jutawan Lelong” karangan saudara Eruwan Gerry Norsen. Buku ini adalah kesinambungan dari buku pertama belia iaitu Rahsia Raja Lelong.  Ianya mengandungi pelbagai perkara yang lebih advan berbanding buku pertama.

Berikut merupakan di antara beberapa perkara yang akan akan anda ketahui di dalam buku terbaru tersebut :

  1. Kepentingan memulakan Member Store di Lelong.com.my
  2. Kepentingan memulakan eBay Store di eBay.com
  3. Contoh-contoh Member Store dan eBay store yang berjaya!
  4. Rahsia penjenamaan diri dan perniagaan anda!
  5. Pendaftaran Trademark
  6. Sebab mengapa anda perlu memulakan laman web anda sendiri
  7. Cara memulakan syarikat anda sendiri!
  8. Rahsia mengawal perbelanjaan dan meningkatkan keuntungan lelongan online anda!
  9. Rahsia mencapai kejayaan di dalam lelongan online dan perniagaan internet! dan banyak lagi…

Continue reading

Rahsia Raja Lelong

Sejak beberapa hari lalu saya sering ke laman web lelong.com.my. Sebenarnya seronok jugak ke laman lelong ni macam-macam barang yang menarik di tawarkan. Kalau kita bernasib baik mungkin mendapatkan barang baru dengan harga yang murah.

Banyak jugak barangan yang di tawarkan di laman lelong dengan harga permulaan serendah RM1 sahaja.

Rahsia Raja Lelong adalah sebuah buku karangan saudara Eruwan Gerry Norsen. Buku ini tebalnya lebih kurang 280 mukasurat. Di dalam buku ini turut menceritakan bagaimana penulis pada awalnya hanya menjual barang-barang yang tidak diperlukan di laman lelong sebagai hobi tetapi kini pendapatan di lelong menjadi pendapatan ke 2 beliau. Beliau mendapat pendapatan melebihi Rm30,000 sebulan.

Lama jugak saya nak habis membaca buku ni. Sambil baca sambil perhatikan fungsi-fungsi yang terdapat di laman lelong ni. Kalau di lihat pada laman lelong ni memang ramai pengunjung.

Bagi saya buku ini sangat bagus terutamanya buat saya yang sangat baru dalam dunia lelong ni. Di dalam buku ini menceritakan 12 rahsia untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan anda di laman lelong. Terdapat juga banyak tip yang berguna bagi penjual atau pembeli di laman lelong. Bagai anda yang rasa-rasa banyak barangan di rumah yang tidak digunakan lagi boleh lah cuba-cuba menjual di laman lelong ni. Continue reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...