Hosting oh Hosting

Sudah masuk bulan Februari rupanya oh… Tiada sebarang post untuk bulan Januari. Sebenarnya banyak jugak post yang dibuat, bukan di sini tetapi di blog baru http://www.jutawanebay.com

Sejak dari akhir tahun lepas sehinggalah hari ini sudah masuk 3 kali saya bertukar hosting. Bermula dengan hosting pertama ni, namanya penyedia hosting agak terkenal jugak lah.  Menawarkan 45 hari pemulangan wang sekiranya tidak berpuas hati. Saya telah mencuba hosting ini selama 5 hari tetapi saya masih tidak berjaya memindahkan keseluruhan fail web saya ke server mereka. Tiada sebarang sebab yang diberikan oleh pihak  penyedia hosting mengenai masalah yang saya hadapi.

1. Support tickets yang dihantar, ada yang ditutup tanpa berbalas.

Mungkin sangat baru lagi saya mencubanya tapi tiada sebarang penjelasnya diberikan. Support tickets yang dihantar hanya berbalas sekali kemudian terus senyap.

2. Saya telah membuat pembatalan akaun hosting tersebut tetapi tiada tindakan yang diambil oleh pihak penyedia hosting. Kalau taknak pulangkan duit saya semula tak payahlah taruh logo 45 hari wang dikembalikan.

kemudian berpindah ke hosting ke 2 yang sangat murah. Sebenarnya perkhidmatan hosting ini pernah saya gunakan pada awal pembabitan saya dalam menggunakan hosting berbayar. Pada masa dulu harganya tidak semurah sekarang. Oleh kerana masalah sering mengalamai server down berpindah pula ke hosting ke 3.

Continue reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...