Lubuk Rahsia Dropship

Berniaga secara droship bagi saya adalah bisnes yang sangat menguntungkan, ini kerana anda tidak memerlukan modal permulaan yang besar bagi menjalankannya.

Anda juga tidak perlu memikirkan bagaimana untuk menyimpan stok-stok barangan yang ingin dijual yang terlalu banyak dalam simpanan anda. Biarkan sahaja pembekal barangan yang menyimpan barangan dari Lubuk Rahsia menguruskannya.

Kini anda juga tak perlu lagi bersusah payah melakukan proses membungkus dan menghantar barangan pesanan yang dipesan oleh pelanggan anda. Berikan sahaja tugasan tersebut kepada Lubuk Rahsia yang menguruskannya.

Tugas anda hanya perlu membuat senaraian produk-produk yang ingin dijual sahaja. Apabila pesanan telah anda terima, anda cuma perlu membuat pesana kepada Lubuk Rahsia. Lubuk Rahsialah yang akan menguruskan proses membungkus dan menghantar barangan kepada pelangan anda.

Jadi anda tak perlu lagi pening kepada untuk memikirkan bagaimana untuk menghabiskan stok yang tidak laku. Di tempat saya ada juga pasaraya yang membuat jualan murah sedangkan apa yang mereka lakukan adalah dengan menaikkan harga barang tersebut dan memberikan diskaun yang begitu tinggi kepada barang tersebut sedangkan harga diskaun yang diberikan adalah harga yang sama ditawarkan pada jualan hari-hari biasa.

Continue reading

Syoknya berdropship

Masih lagi dengan tajuk dropship kerana saya sendiri sedang melakukannya di ebay. Saya masih ingat lagi pesanan Irfan Khairi sama ada di seminar Bicara Santai IK dan web binarnya. Menjual sesuatu yang kita minat sahaja tidak mencukupi tetapi menjual sesuatu yang kita minat bersama dengan permintaan ianya akan memberikan kita keuntungan yang lumayan.

Minat + Permintaan = Keuntungan Lumayan.

Setakat ini saya mengetahui 2 niche produk yang dijual oleh penjual ebay berpengalaman yang memberikan mereka keuntungan yang lumayaran kerana peroduk tersebut sememangnya hot dan mendapat sambutan hangat di seluruh dunia.

Anda boleh melakukan bisnes dropship tanpa mengeluarkan sebarang modal. Dengan mempunyai 3 perkara berikut anda sudah boleh memulakan bisnes dropship.

  1. Akaun eBay
  2. Paypal
  3. Laman Web Pembekal (dropshipper)

Dengan menggunakan akaun ebay, anda boleh menyenaraikan produk produk yang ingin anda jual di laman web ebay. Paypal pula memudahkan anda menerima pembayaran dari pembeli serata dunia. Setelah anda menerima wang di paypal melalui jualan barang anda di ebay, anda cuma perlu melakukan pesanan barang di laman web pembekal dan mereka akan melakukan proses pembungkusan dan penghantaran tersebut kepada pelanggan anda.

Kesemua wang yang terkumpul didalam akaun paypal anda, boleh ditunaikan ke dalam akaun simpanan anda sebenarnya. Wang tersebut boleh dijadikan sebagai modal pusingan untuk anda membayar kepada pembekal dropship anda atau membeli belah di laman web ebay sendiri. Mudah cerita.

Anda terima wang dari pembeli (paypal). Wang dari akaun simpanan anda gunakan untuk memesan produk dari dropshipper. Wang di dalam paypal yang terkumpul di tunaikan semula ke dalam akaun simpanan anda.

Saya telah pun menuliskannya dalam sebuah ebook yang ringkas bagaimana anda boleh melakukan dropship bersama mereka. Ketahui bagaimana anda boleh memiliki ebook ini secara percuma di sini.

Rahsia Jutawan eBay

phpThumb_generated_thumbnailjpg Rahsia jutawan ebay adalah buku terbaru yang selesai saya baca. Tidak seperti apa yang saya gambar mengenai buku ini iaitu menunjukkan teknik yang lebih advan dalam menjana pendapatan di ebay.

Buku ini juga bagi saya terlalu panjang dan tidak begitu banyak gambar yang boleh dilihat. Mungkin disebabkan oleh buku penulisan bersama oleh Stuart Tan & Benjamin Marc Wee. Saya dapat rasakan bab permulaan didalam buku ini dan bab akhir sekali ditulis oleh Benjamin Marc Wee dan Stuart Tan pula menulis di bab-bab di tengah buku ini. Itu hanya pada tekaan saya sahaja. Sebab saya beranggapan demikian kerana bab permulaan dan bab akhir buku ini ada menyelitkan hal peribadi yang dilakukan oleh penulis dan bab ditengah-tengah hanya banyak menceritakan tentang surat jualan ataupun minisite.

Setahu saya Stuart Tan pakar dalam Neuro-linguistic programming (NLP) dan bab di tengah buku banyak menceritakan tentang menulis surat jualan daripada atas iaitu tajuk yang menarik sehinggalah menulis PS di surat jualan.

Continue reading

Buat Duit Dengan eBay

ebay Buku yang terkini dalam koleksi saya adalah Rahsia Buat Duit Dengan eBay. Walaupun saya telah menjalankan beberapa tansaksi di ebay rasanya tidak lengkap kerana tidak memiliki buku ini.

Pada pendapat saya buku ini sangat sesuai bagi mereka yang masih baru di ebay. Ini kerana penerangan dan gambar yang ditunjukkan di dalam buku ini sangat mudah untuk difahami.

Alhamdulillah dengan panduan yang ditulis oleh En Azahar Abdul Rahman ini saya berjaya membuat jualan di ebay, berbanding dengan sebelum ini hanya membeli barang sahaja. Bagi usahawan internet yang menjalankan perniagaan untuk pasaran tempatan, anda boleh mencuba menjual barang di ebay Malaysia http://www.ebay.com.my. Anda juga boleh menyenaraikan barangan yang ingin dijual secara percuma di ebay Malaysia.

Di sini juga saya kongsikan dengan anda sebuah ebook yang menceritakan tentang drop shipping anda boleh downloadnya di sini. Terdapat juga satu topik perbincangan yang banyak maklumat yang boleh anda perolehi di forum perbincangan WC yang bertajuk Diari Usahawan eBay Berhingus.

Teringat masa pertama kali melakukan melakukan pembelian di ebay. Orang pertama yang memberikan feedback ialah saudara Eruwan Garry. Thanks bro.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

Teringat masa pertama kali melakukan melakukan pembelian di ebay. Orang pertama yang memberikan Positive feedback ialah bro Eruwan Garry.

Emping Illinois…

Pada pagi hari minggu ni sedang aku membelek-belek akhbar terbaca pulak mengenai emping jagung ni. Tak sangka ianya boleh dijual dengan harga yang agak mahal. Duit tu kalau nak beli motor baru pun dapat. Agak-agak kalau ada emping peta Malaysia ni ada ke orang Malaysia yang nak beli?

lu_05_big.jpg

SEKEPING emping jagung yang kelihatan seakan-akan peta Illinois yang dilelong menerusi eBay ini dibandingkan saiznya dengan syiling 10 sen AS, kelmarin. – AP.

Anda mungkin perlu melihat setiap keping emping jagung ketika bersarapan kerana satu daripadanya mungkin bernilai ribuan ringgit.

Emping jagung dalam gambar ini yang secara kebetulan berbentuk seperti peta negeri Illinois di Amerika Syarikat berjaya dilelong pada harga AS$1,350 (RM4,224) di laman web eBay.

Ia ditemui secara tidak sengaja oleh dua adik-beradik, Melissa dan Emily McIntire ketika bersarapan dan dinamakan sebagai The Great Illinois Corn Flake.

Populariti Senator Illinois, Barack Obama yang kini bersaing untuk menjadi wakil Demokrat ke White House turut membantu mempopularkan emping berkenaan.

Sumber : Utusan Malaysia