Berniaga Tanpa Modal

Salah satu cara berniaga di internet bagi mereka yang kekurangan modal adalah dengan cara dropship ataupun dropshipping, selain daripada affiliate. Kaedah dropship ini setahu saya kewujudannya bermula dengan portal ebay. Penjual-penjual tidak perlu memborong barangan-barangan yang mereka ingin jual di ebay dari pemborong.

Penjual-penjual di ebay hanya perlu menyenaraikan barang-barang yang ingin dijual di portal ebay. Apabila penjual mendapat pesanan produk tersebut, penjual hanya perlu ke laman web pembekal dropship dan membuat pesanan produk yang dipesan oleh pelanggan. Cuba perhatikan carta di bawah.

Langkah-langkah Dropship.

  1. Senaraikan barang yang ingin anda jual di ebay, lelong, facebook, dan lain-lain lagi.
  2. Pembeli melakukan pesanan.
  3. Penjual menerima wang pesanan produk oleh pelanggan.
  4. Penjual membuat pesanan & pembayaran produk dengan harga borong dari pembekal.
  5. Pembekal menghantar produk kepada pelanggan penjual.

Salah seorang yang telah berjaya dengan kaedah dropship ini adalah saudara Najib. Dengan hanya melakukan dropship Saudara Najib telah menjana 50% ~ 2092% keuntungan dari barangan jualan yang beliau perolehi dari pembekal rahsia beliau. Biasanya penjual-penjual ebay tidak akan mendedahkan laman web dropship untuk mengelakkan persaingan harga. Setelah hampir setahun beliau berniaga dengan menggunakan pembekal rahsia ini, akhirnya beliau akan dedahkan kepada umum. Jadi tiada halangan sekiranya anda tidak mempunyai modal untuk berniaga. Tanpa modal pun anda boleh berniaga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...