Alhamdulillah semalam saya berjaya mendapatkan semula domain yang saya yang telah tamat tempoh pada 29-10-2008 yang lalu. Domain ini sepatutnya diperbaharui pada bulan 10 yang lalu tetapi di sebabkan oleh pihak yang mendaftarkan domain tersebut gagal dihubungi melalu email dan juga sms pun tak sampai-sampai sehinggalah domain tersebut telah tamat tempoh sahnya.
Pada mulanya domain tersebut ingin dipindahkan ke ecommercemastery tetapi disebabkan domain tersebut tidak mempunya EPP Code atau Secret Word bagi membuat pemindahan domain maka hanya satu cara sahaja iaitu dengan mendapatkan Secret Wordnya daripada pendaftar domain tersebut.
Berbanding domain yang telah saya pindahkan ke ecommercemastery sebelum ini tiada sebarang masalah dihadapi disebabkan control panel bagi domain tersebut mempunyai Secret Word nya yang sedia ada. Usaha untuk mendapatkan Secret Word bagi membuat pindahan domain tidak berjaya sehinggalah domain tersebut tamat.
Mari lihat kandungan domain tersebut di sini.