Kisah Kambing Dan 1 Dinar

Satu kisah yang menarik berkenaan kuasa beli dinar emas dapat dilihat di dalam hadis nabi. Ketika zaman Rasulullah SAW, harga seekor kambing adalah 1 Dinar. Ceritanya adalah seperti di bawah:
Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

(Pada suatu hari) Rasulullah SAW menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah SAW memberi kepadaku satu dinar dan berkata:

“Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.”

Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah SAW dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata:

“Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”

Rasulullah bertanya:

“Bagaimana kamu melakukannya?”

Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata:

“Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

Sekarang pun kita boleh membeli seekor kambing dengan 1 Dinar. Betapa stabilnya matawang syariah yang dianjurkan oleh Islam. Allah Maha Besar. Sesunggunya Allah lebih tahu akan keperluan umat manusia.

Continue reading