Produk hati kecewa

SEORANG suami yang kecewa menjadi sensasi Internet apabila dia bertindak balas terhadap isteri yang meninggalkannya dengan menggunakan pakaian pengantin wanita itu untuk dijadikan pelbagai kegunaan harian.

Dan selepas membiarkan pakaian sutera itu di rak biliknya di Tucson, Arizona selama beberapa bulan, Cotter mula bertindak. Dia melancarkan laman web dengan nama ‘Pakaian Pengantin Bekas Isteri Saya,’ dan berusaha menggariskan 101 kegunaan untuk pakaian itu.

Setakat ini, dia sudah berjaya menyenaraikan 23 kegunaan, dari menjadikannya alas untuk senaman yoga hingga ke penapis pasta. Dia turut menggunakan pakaian sutera itu sebagai pembungkus ais, tali skip dan sepanduk sukan.

Dengan topeng Darth Vader, Cotter juga membuat orang-orang menggunakan pakaian pengantin itu. “Projek ini seolah-olah dapat mengubati kekecewaan saya. Tidak ada yang senang atau menyeronokkan mengenai perceraian. Saya akan berkongsi pengalaman saya dan pada masa sama menghiburkan diri dengan mereka beberapa kegunaan kreatif daripada pakaian ini.” Cotter mengaku kecewa apabila isterinya yang dikenali sejak di bangku sekolah lagi mengambil keputusan meninggalkannya Julai lalu.

Continue reading

Blog dan Saya

Walaupun dah beberapa minggu menggunakan wordpress versi 2.7 tetapi saya masih lagi berasa kekok dengan antaramuka yang baru ni. Berbanding antara muka dashboard wordpress sebelum ini agak simple berbanding yang terbaru.

Sebenarnya saya baru sahaja balik dari MPH di Jaya Jusco Ipoh untuk mendapatkan buku Hukum Tarikan atau dalam bahasa inggerisnya Laws Of Attraction. Hari ni baru terasa untuk mengupdate blog ni.

Orang rumah pun dah mula bertanyakan tentang bagaimana berblog.  Bercerita mengenai blog ni sebenarnya makcik-makcik pun pun boleh buat duit dengan blog.  Boleh tengok iklan blogstarz.my di harian metro.

Memang dahsyat la makcik-makcik ni. Bagi anda yang teringin memiliki blog dot com anda sendiri menggunakan wordpress boleh mendapatkan Pakej Kit blogger.

Pakej Kit Blogger ini telah saya update keseluruhan surat jualan dengan surat jualan yang baru bersama kandungan ebook terkini. Bagi anda yang mendapatkan Pakej Kit Blogger ini bermula dari hari ini 25.01.2009 sehingga 06.02.2009 (ulang tahun hari lahir saya) anda akan menerima bonus-bonus berikut

  1. CDROM Pakej Kit Blogger (fail backup)
  2. CDROM Kit Perniagaan Mail Order
  3. Panduan Asas Membina Forum

Sila dapatkat Pakej Kit Blogger Ini Di Sini.

Upgade WordPress Secara Automatik.

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda satu plugin wordpress yang menarik. Saya telah mencuba plugin ini di 2 buah blog saya untuk di upgrade. Ternyata ianya sungguh mudah digunakan. Berbanding sebelum ini, sekiranya hendak mengupgrade blog terdapat dua cara yang selalu saya gunakan

1. Cara manual – Perlu download versi wordpress terkini dari laman http://wordpress.org dan upload ke server kemudian install semula wordpress dan restore semula database.

2. Cara Fantastico – Cara yang sering saya lakukan sebelum ini untuk upgrade blog. Masalahnya kene tunggu versi yang terbaharu diaktifkan dahulu baru boleh klik link upgrade.

Lepas ini kalau nak upgrade blog wordpress guna saja plugin di bawah.

Download WordPress Automatic Upgrade

Selamat  mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...