Rahsia Raja Lelong

Sejak beberapa hari lalu saya sering ke laman web lelong.com.my. Sebenarnya seronok jugak ke laman lelong ni macam-macam barang yang menarik di tawarkan. Kalau kita bernasib baik mungkin mendapatkan barang baru dengan harga yang murah.

Banyak jugak barangan yang di tawarkan di laman lelong dengan harga permulaan serendah RM1 sahaja.

Rahsia Raja Lelong adalah sebuah buku karangan saudara Eruwan Gerry Norsen. Buku ini tebalnya lebih kurang 280 mukasurat. Di dalam buku ini turut menceritakan bagaimana penulis pada awalnya hanya menjual barang-barang yang tidak diperlukan di laman lelong sebagai hobi tetapi kini pendapatan di lelong menjadi pendapatan ke 2 beliau. Beliau mendapat pendapatan melebihi Rm30,000 sebulan.

Lama jugak saya nak habis membaca buku ni. Sambil baca sambil perhatikan fungsi-fungsi yang terdapat di laman lelong ni. Kalau di lihat pada laman lelong ni memang ramai pengunjung.

Bagi saya buku ini sangat bagus terutamanya buat saya yang sangat baru dalam dunia lelong ni. Di dalam buku ini menceritakan 12 rahsia untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan anda di laman lelong. Terdapat juga banyak tip yang berguna bagi penjual atau pembeli di laman lelong. Bagai anda yang rasa-rasa banyak barangan di rumah yang tidak digunakan lagi boleh lah cuba-cuba menjual di laman lelong ni.

Bukan hanya boleh menjual barang fizikal sahaja di laman lelong ada juga boleh menjual produk digital, perkhidmatan dan juga produk affiliate di laman lelong.

YouTube Preview Image

Mungkin aku leh gi pasar karat setiap pagi ahad. Kalau korang nak tau apa barang-barang yang ada dekat pasar karat ni meh tonton video yang disediakan oleh cikgu azleen.

Di bawah katil, ada lagi sepasang sportrim dan eksoz rxz yang dah tak digunakan lagi err… agak-agak anda boleh ke jual di laman lelong tak?

Dapatkan salah satu panduan Rahsia Raja Lelong bagi meningkatkan jualan anda di laman lelong sehingga 700% di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 thoughts on “Rahsia Raja Lelong

  1. Pingback: Nantikan Disember ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>