Rahsia Jutawan eBay

Tags: ,

phpThumb_generated_thumbnailjpg Rahsia jutawan ebay adalah buku terbaru yang selesai saya baca. Tidak seperti apa yang saya gambar mengenai buku ini iaitu menunjukkan teknik yang lebih advan dalam menjana pendapatan di ebay.

Buku ini juga bagi saya terlalu panjang dan tidak begitu banyak gambar yang boleh dilihat. Mungkin disebabkan oleh buku penulisan bersama oleh Stuart Tan & Benjamin Marc Wee. Saya dapat rasakan bab permulaan didalam buku ini dan bab akhir sekali ditulis oleh Benjamin Marc Wee dan Stuart Tan pula menulis di bab-bab di tengah buku ini. Itu hanya pada tekaan saya sahaja. Sebab saya beranggapan demikian kerana bab permulaan dan bab akhir buku ini ada menyelitkan hal peribadi yang dilakukan oleh penulis dan bab ditengah-tengah hanya banyak menceritakan tentang surat jualan ataupun minisite.

Setahu saya Stuart Tan pakar dalam Neuro-linguistic programming (NLP) dan bab di tengah buku banyak menceritakan tentang menulis surat jualan daripada atas iaitu tajuk yang menarik sehinggalah menulis PS di surat jualan.

Saya suka pendekatan penulis dalam memberi penekanan mengenai pentingnya penggunaan diari. Apa yang terkandung didalam diari tersebut mengenai catatan yang dilakukan mengenai apa sahaja  idea, teknik yang berjaya / tidak berjaya, statistik dll lagi berkaitan. Maksudnya kita perlu catatkan sama ada sesuatu kaedah yang dicuba berkesan atau pun tidak secara bertulis. Ianya menjadi rekod rujukan di kemudian hari sekiranya kita melakukan kesilapan dalam perniagaan atau kehidupan peribadi kita dapat menyemak dimana silapnya.  Sebaliknya, apabila semua berjalan lancar, ianya menunjukkan bagaimana kita boleh mengulangi teknik tersebut.

Pada bab akhir penulis menerangkan secara terperinci walaupun tidak bergambar mengenai bagaimana beliau menjual produk digital diebay. Teknik menghantar produk digital juga turut disertakan. Sama ada menghantar melalui email atau menerusi ruangan muat turun. Sebenarnya teknik memberikan laman muat turun adalah lebih menguntungkan dalam masa jangka panjang disebabkan anda boleh mengumpul senari email menggunakan sistem autoresponder.

Banyak lagi panduan yang boleh anda dapatkan dari blog penulis di sini http://secretsofebaymillionaires.com

Leave a Reply

CommentLuv badge