Gaji PM Singapura RM5.31 juta

Gaji PM

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menerima saranan sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh pemerintah bagi mengurangkan gajinya, para menteri Kabinet dan Presiden negara berkenaan.

Saranan tersebut melibatkan pemotongan sekurang-kurangnya satu pertiga gaji menteri-menterinya yang berjumlah jutaan dolar, menurut dokumen tangga gaji baharu semalam.

Walaupun pemotongan tersebut dibuat, menteri di Singapura kekal antara menteri yang menerima gaji termahal di dunia.

Pemotongan gaji itu pernah dijanjikan oleh Hsien Loong bagi meredakan kemarahan rakyat selepas pilihan raya umum 2011 berlangsung.

Hsien Loong sendiri akan menerima gaji berjumlah AS$1.69 juta (RM5.31 juta) setahun iaitu pengurangan sebanyak 36 peratus berbanding sebelumnya.

Continue reading

3 Sebab Utama Menyimpan Bullion Perak

Bullion Perak

bullion perakKalau kita tanya 10 orang, “Mengapa anda perlu melabur bullion perak?”, anda mungkin akan mendapat 10 jawapan yang berbeza – dan saya jamin kebanyakan mereka yang anda mungkin akan menggeleng kepala atau mengangkat bahu.

Kebanyakan pelabur tidak memahami motivasi untuk menyimpan bullion perak. Pada masa yang sama, pelabur juga tak boleh tutup sebelah mata apabila melihat kenaikan harga perak sejak akhir-akhir ini yang menakjubkan. Sejak 6 bulan lepas, harga perak telah melonjak lebih dari 40 peratus, dan banyak penganalisis pasaran menjangka harga yang lebih tinggi untuk akhir tahun ini. Berikut adalah SEBAB UTAMA mengapa anda harus mempertimbangkan untuk memasukkan bullion perak di dalam portfolio pelaburan amda.

1) Inflasi:
Bullion perak melindungi kuasa pembelian anda ketika krisis kewangan. Katakan sebagai contoh, anda membeli satu auns bullion preak berjenama Morgan dengan harga RM150, dan anda sembunyikan bullion perak itu di bawah katil anda selama enam bulan. Jika nilai dolar susut sebanyak 50 peratus selepas enam bulan, sudah tentu anda boleh menjual bullion perak tersebut dengan harga RM300. Nilai Morgan bar anda tidak semestinya berubah, tetapi kuasa membeli anda sememangnya sudah meningkat. Oleh kerana bullion perak adalah terhad kuantitinya di dalam dunia ini, pelaburan anda bertindak sebagai “Penyimpan Nilai”. Pelaburan yang menyimpan nilai akan melindungi aset anda yang lain (hartanah, perniagaan) terhadap mata wang kertas yang cepat susut nilai.

Continue reading

Lampu botol solar

Lampu Botol

Di Philippin seorang pakcik telah menyelesaikan masalah penduduk miskin yang tidak mampu mendapatkan kemudah lampu elektrik. Nak pulak mereka tinggal bersebelahan dengan landasan keretapi. Rumah-rumah mereka ni dibagunkan sangat rapat dan kebanyakkan mereka lebih suka duduk di luar rumah berbanding didalam rumah yang gelap.

Boleh tonton video dibawah bagaimana seorang pakcik yang digelar Demi Solar kerana dengak kreativiti beliau banyak rumah sudah mempunya lampu botol.

YouTube Preview Image

 

lampu botolTips penjimatan : lampu downlight jenis skru atau lampu kalimantang kompak dengan ballast terbina dalam (self ballasted compact fluorescent lamp) yang mempunyai kecerahan 20 watt mampu memberikan cahaya sama seperti mentol kecerah 100 watt.

Lampu Botol

Meniti Hidup Seseorang Yang Bergelar Jutawan!!

Pasti tidak ramai tahu Irfan Khairi yang mencapai status jutawan internet pada usia 25 tahun pernah bekerja sambilan sebagai tukang cuci di pasar raya United Kingdom dengan kadar upah paling rendah.

Dengan gaji sebanyak £3.50 sejam, iaitu kira-kira RM14 mengikut tukaran wang sekitar 1997 hingga 1998, Irfan Khairi yang kini berusia 29 tahun melakukan kerja mencuci lantai dan tandas pasar raya dari jam 6 hingga 8 pagi bagi mencari wang sampingan.

Dia sanggup menempuhi kepayahan itu semata-mata untuk memastikan dia mampu membeli buku motivasi dan kisah orang yang berjaya serta menghadiri seminar kejayaan.

Sejam selepas bekerja, Irfan bergegas mengikuti kuliah dalam bidang multimedia di Universiti Staffordshire.

Begitulah rutin harian Irfan sepanjang dua tahun pengajiannya di rantau orang.

“Masa itu, kalau hendak dikira, gaji yang diterima memang tidak cukup untuk menjalani kehidupan di bandar besar.Namun disebabkan mahu menghadiri seminar dan beli buku motivasi, saya sanggup bekerja sebagai tukang cuci,” katanya.

Selepas menerima ijazah, Irfan tidak lagi meneruskan kerja sambilan itu, Kali ini bukan dia mencari kerja, tetapi kerja pula mencarinya.Dia berkerja sebagai perunding multimedia di sebuah syarikat, Netmedia Education, di Birmingham, dengan gaji £1,400.

Continue reading

Lubuk Rahsia Dropship

Berniaga secara droship bagi saya adalah bisnes yang sangat menguntungkan, ini kerana anda tidak memerlukan modal permulaan yang besar bagi menjalankannya.

Anda juga tidak perlu memikirkan bagaimana untuk menyimpan stok-stok barangan yang ingin dijual yang terlalu banyak dalam simpanan anda. Biarkan sahaja pembekal barangan yang menyimpan barangan dari Lubuk Rahsia menguruskannya.

Kini anda juga tak perlu lagi bersusah payah melakukan proses membungkus dan menghantar barangan pesanan yang dipesan oleh pelanggan anda. Berikan sahaja tugasan tersebut kepada Lubuk Rahsia yang menguruskannya.

Tugas anda hanya perlu membuat senaraian produk-produk yang ingin dijual sahaja. Apabila pesanan telah anda terima, anda cuma perlu membuat pesana kepada Lubuk Rahsia. Lubuk Rahsialah yang akan menguruskan proses membungkus dan menghantar barangan kepada pelangan anda.

Jadi anda tak perlu lagi pening kepada untuk memikirkan bagaimana untuk menghabiskan stok yang tidak laku. Di tempat saya ada juga pasaraya yang membuat jualan murah sedangkan apa yang mereka lakukan adalah dengan menaikkan harga barang tersebut dan memberikan diskaun yang begitu tinggi kepada barang tersebut sedangkan harga diskaun yang diberikan adalah harga yang sama ditawarkan pada jualan hari-hari biasa.

Continue reading

Urus Kedai Online Anda Dengan Sistem OpenCart

Bagi yang telah lama menjalankan perniagaan menjual produk di internet pasti anda telah menghadapi kesukaran dalam membagunkan sebuah kedai online yang mesra kepada pengguna. Untuk membina sebuah kedai online yang mesra pengguna pada masa kini, anda memerlukan kos yang sangat tinggi.

Anda memerlukan modal sekurang-kurangnya RM1000 bagi memiliki sebuah kedai online yang mesra pengguna. Ianya pasti berbaloi dengan sistem yang interaktif, bersistematik dan memudahkan pelanggan. Ianya seolah-olah anda mempunyai sebuah pasaraya yang menyediakan troli baranganan yang memudahkan pelanggan anda membuat pembelian barang.

Kebanyakkan kedai online pada ketika ini menggunakan blog. Ianya lebih dikenali sebagai blogshop. Pada pendapat saya bagi mereka yang telah mempunyai banyak barang di blogshop pasti anda akan menghadapi kesukaran dalam menguruskan barangan jualan anda yang semakin bertambah.

Salah satu cara bagi mengatasi masalah modal yang tinggi dan mempunyai sistem kedai yang mesra mengguna anda boleh menggunakan Sistem OpenCart bagi membagunkan kedai online anda. Dengan menggunakan Sistem OpenCart anda mudah menyusun barangan jualan anda mengikut kategori.

Sistem OpenCart juga akan membuat pengiraan jumlah pembelian barangan beserta dengan kadar pos yang telah anda tetapkan secara automatik bagi memudahkan pelanggan anda membuat pembelian. Di sini anda mempunyai Juruwang yang akan mengirakan jumlah harga barangan yang akan dibayar oleh pelanggan anda.

Sistem OpenCart juga mempunyai sistem invois yang akan dihantar terus kedalam email pelanggan anda setelah pelanggan anda, seselai membuat pilihan barangan yang ingin dibeli. Pelanggan anda akan dapat melihaatnya seperti resit pembelian yang mana setiap barang akan disenaraikan beserta dengan harga dan jumlah pembayaran.

Sistem OpenCart juga memudahkan peniaga dalam memasarkan produk. Ini kerana Sistem OpenCart dilengkapi dengan sistem affiliate.

Untuk mengetahui lebih banyak lagi kelebihan yang ditawarkan oleh Sistem OpenCart klik bannner di bawah.

Menjana Wang Dengan Teknik Affiliate4k

Pejam celik pejam celik sudah sampai pertengahan tahun 2011. Begitu sekejap masa berlalu. Baiklah kali ini saya ingin menulis mengenai produk terbaru Affiliate iaitu Affiliate4k. Dengan adanya produk terbaru ini dapatlah sedikit sebanyak menambahkan ilmu menjana wang menggunakan teknik Affiliate bagi saya sendiri dan juga bagi mereka yang masih tercari-cari formula untuk berjaya dengan affilliate.

Affiliate4k adalah ebook terbaru dari Bearnerd Bondly. Saya sebagai salah seorang reseller yang mendapatkan produk ini mencuba sendiri teknik yang diceritakan didalam ebook ini. Terdapat 7 rahsia yang dibongkar didalam ebook ini. Hehe kasi testimoni sendiri la pulak… :) walaupun teknik yang saya gunakan didalam ebook ini belum lagi mencecah 4 angka tetapi inilah komisyen yang paling tinggi yang pernah saya dapat hasil daripada salah satu teknik yang diberikan.

Saya mula mempraktikkan teknik ini pada 27/4/ dan pada hari ini 30/5/, dibawah adalah print screen hasil yang berjaya dijana. Terima kasih juga kepada Bearnerd Bondly kerana dengan ebook ini menyebabkan saya bertindak untuk mencubanya sendiri.

Bukanlah niat saya untuk menunjukkan komisyen yang tak seberapanya ini. Saya rasa anda boleh buat lebih hebat lagi. Jadi di sini saya ingin kongsikan satu produk bagus dan berbaloi untuk anda dapatkan. Saya yakin dengan menggunakan kesemua teknik yang diajarkan didalam ebook ini sasaran 4 angka boleh dicapai.

Sekiranya anda mempunyai wang sebanyak RM1,000, RM5,000 atau RM10,000, di manakah tempat terbaik dan terhangat di pasaran untuk anda laburkan wang anda untuk mendapat pulangan yang maksimum?

Jawapannya adalah, laburkan pada diri anda sendiri! Gunakan wang itu untuk meningkatkan ilmu anda dalam mencari pendapatan yang lebih!

Sumber : http://www.irfankhairi.com/blog

Tips Affiliate : Jangan pasang kemudahan Vacation Response pada email yang digunakan untuk akaun facebook anda. Ini kerana email automatik yang dihantar akan terpapar sebagai komen pada group/page facebook yang anda sertai apa bila terdapat post baru di wall group/page tersebut. Anda akan menjadi orang pertama yang memerikan komen apabila post pertama yang ditulis oleh ahli group/page tersebut. Ianya boleh dikira sebagai SPAM.

Syoknya berdropship

Masih lagi dengan tajuk dropship kerana saya sendiri sedang melakukannya di ebay. Saya masih ingat lagi pesanan Irfan Khairi sama ada di seminar Bicara Santai IK dan web binarnya. Menjual sesuatu yang kita minat sahaja tidak mencukupi tetapi menjual sesuatu yang kita minat bersama dengan permintaan ianya akan memberikan kita keuntungan yang lumayan.

Minat + Permintaan = Keuntungan Lumayan.

Setakat ini saya mengetahui 2 niche produk yang dijual oleh penjual ebay berpengalaman yang memberikan mereka keuntungan yang lumayaran kerana peroduk tersebut sememangnya hot dan mendapat sambutan hangat di seluruh dunia.

Anda boleh melakukan bisnes dropship tanpa mengeluarkan sebarang modal. Dengan mempunyai 3 perkara berikut anda sudah boleh memulakan bisnes dropship.

  1. Akaun eBay
  2. Paypal
  3. Laman Web Pembekal (dropshipper)

Dengan menggunakan akaun ebay, anda boleh menyenaraikan produk produk yang ingin anda jual di laman web ebay. Paypal pula memudahkan anda menerima pembayaran dari pembeli serata dunia. Setelah anda menerima wang di paypal melalui jualan barang anda di ebay, anda cuma perlu melakukan pesanan barang di laman web pembekal dan mereka akan melakukan proses pembungkusan dan penghantaran tersebut kepada pelanggan anda.

Kesemua wang yang terkumpul didalam akaun paypal anda, boleh ditunaikan ke dalam akaun simpanan anda sebenarnya. Wang tersebut boleh dijadikan sebagai modal pusingan untuk anda membayar kepada pembekal dropship anda atau membeli belah di laman web ebay sendiri. Mudah cerita.

Anda terima wang dari pembeli (paypal). Wang dari akaun simpanan anda gunakan untuk memesan produk dari dropshipper. Wang di dalam paypal yang terkumpul di tunaikan semula ke dalam akaun simpanan anda.

Saya telah pun menuliskannya dalam sebuah ebook yang ringkas bagaimana anda boleh melakukan dropship bersama mereka. Ketahui bagaimana anda boleh memiliki ebook ini secara percuma di sini.