Menyimpan Dirham Sebagai Tabungan

Menyimpan yang fiat (wang kertas) boleh menyebabkan kuasa beli anda dimakan oleh inflasi apabila tahun semakin meningkat. Sebagai contoh anda boleh menonton video dibawah.

[youtube width=”625″ height=”344″]http://www.youtube.com/watch?v=g2VNdqSere0[/youtube]

Daripada video yang ditunjukkan diatas apa yang anda dapat beli pada masa sekarang, sebagai contoh dengan nilai RM100 dan kemudiannya pada tahun hadapan anda tidak dapat lagi membeli dengan jumlah nilai yang sama dengan kuantiti wang yang sama juga seperti yang telah anda belanjakan pada tahun lalu.  Ini menunjukkan kuasa beli wang anda semakin menyusut. Wang yang sama nilainya hanya boleh membeli beberapa barangan sahaja berbanding pada tahun yang lalu.

Jika diperhatikan kadar inflasi sekarang

inflasi

Dengan menyimpan dirham (perak) anda boleh menyimpan nilai apabila tahun semakin meningkat. Oleh kerana perak adalah terhad kuantitinya di dalam dunia ini, pelaburan anda bertindak sebagai “Penyimpan Nilai”.

Perak tidak boleh dimanipulasi berbanding dengan mata wang kertas yang boleh dicetak sewenang-wenangnya sehinggakan menjadi tidak bernilai. Orang yang berpendapatan tetap mendapati kos sara hidup mereka semakin mahal sedangkan sedangkan pendapatan mereka tidak meningkat.

[youtube width=”625″ height=”344″]http://www.youtube.com/watch?v=xopf9h2TVRo[/youtube]

Jadi, jadikan lah emas & perak sebagai penyimpan nilai wang anda. Anda boleh bermula dengan menyimpan 10 dirham sebagai permulaan.

Mulakan tabungan anak anda dengan menyimpan perak (dirham) mulai tahun ini. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge