Import Dari China

Tags: ,

Bagi mereka yang ingin mendapatkan pembekal bagi barangan yang ingin dijual boleh mencuba membaca ebook Import Dari China. Di dalam ebook ini ada akan diberikan panduan dan juga tip bagaimana anda boleh menjalankan kerjasama dengan pembekal barangan dari China. Saya telah pun membacanya.

Di dalam ebook ini anda akan diberikan panduan bagi mereka yang tidak tahu bagaimana berkomunikasi dengan pembekal dan anda juga diberikan contoh ayat yang boleh anda karang di dalam email untuk berurusan dengan mereka.

Bagi anda yang tidak mahu mengimport barangan terus dari pembekal pula boleh juga menggunakan kemudahan drop shipping. Salah satu laman web yang menyediakan kemudahan drop shipping adalah seperti  artsnow.com. Jadi anda tidak perlu risau mengenai bagaimana untuk menyimpat stok barangan yang banyak.

Saya juga banyak mendapatkan barangan dari China ini kerana ianya adalah sangat-sangat murah berbanding di Malaysia walaupun begitu saya hanya mendapatkan dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Mengapa ianya sangat murah? Anda boleh mengetahui jawapannya di dalam ebook ini.

Terdapat beberapa laman web yang boleh ada lawati bagi mencari pembekal bagi produk yang ingin ada jual salah satu laman web yang boleh anda kunjungi adalah alibaba.com

Di tempat tinggal saya terdapat 2 kedai yang menjual dan memborong barangan dari china ini. Walaupun kedua-dua kedai tersebut terletak dikawasan yang sama cuma berbeza beberapa blok sahaja. Kedai A lebih mendapat sambutan berbanding kedai B. Sebabnya kedai B hanya banyak menjual banyak barangan perhiasan rumah dan permainan sahaja tetapi kedai A menjual perminanan yang sedikit tetapi banyak barangan keperluan harian.

Walaupun terdapat banyak barangan yang ditawarkan dari kedua-dua kedai tersebut tetapi bagi saya  terdapat kekurangan barangan yang saya perlukan. Iaitu barangan elektronik. Di dalam ebook ini ada menyatakan satu gajet elektronik yang mendapat sambutan hangat dan ianya memberikan saya idea untuk mendapatkanya.

Saya baru terjumpa satu barangan elektronik yang baru di Malaysia tetapi banyak di China, harga barangan tersebut dijual berkali-kali ganda dari harga yang boleh anda dapatkan dari pembekal. Pembekal pun ada beberapa jenis boleh baca dalam ebook ini. Pada pemerhatian saya barangan ini masih baru di Malaysia dan penjual tersebut belum ada persaing dan membolehkannya menjual dengan harga yang berkali-kali ganda. Mustahil pulak kalau dia dapatkan barangan tersebut dengan harga yang mahal dan menjualnya dengan harga yang mahal sedangkan saya boleh mendapatkannya dengan harga yang murah. Sebab itu saya katakan ianya dijual berkali-kali ganda.

Klik banner dibawah untuk mendapakan ebook Import dari China.

eBook Import Dari China

Kalau tak nak import nak terus pergi ke China pun boleh kursusborongchina.com

P/s : Kalau nak tahu apa barang tersebut yang dijual berkali-kali ganda disebabkan ianya baru, sila beli ebook Import dari China & masukkan RM100 ke dalam akaun saya ye 🙂

P/s/s : Dari apa yang telah saya tulis diatas tentu juga anda tahu mengapa kebanyakkan penjual di ebay menyembunyikan id mereka di ebay.

3 Responses to “Import Dari China”

  1. Sain-Web.Com Says:

    Boleh cuba gak ni import barang dari china…pasal dropshipper artsnow tu, pernah try, tapi sekarang dah banyak masalah dah..

  2. Pisang Panas Says:

    Aku setuju ngan Sain-web tu, sekarang ni artsnow dah macam saturated la bro..ada source lain tak?

  3. admin Says:

    boleh cuba tengok dropshipping kat blog ni bro http://www.jutawanebay.com :-bd

Leave a Reply

CommentLuv badge