eCover Produk Mampu Meningkatkan Hasil Jualan

Tags:

Jika anda menjual produk – produk digital, pastikan anda tidak mengabaikan rupa bentuk produk digital anda tersebut.

Sebagai contoh jika anda menjual ebook, maka sudah semestinya anda memerlukan rupa bentuk cover ebook untuk menzahirkan ebook tersebut. Maksudnya dengan adanya rupa bentuk eCover yang bersesuaian, ia dapat meningkatkan keyakinan pengguna untuk membeli produk anda.

Untuk menghasilkan ecover, terdapat 3 cara iaitu:

1. Mengupah designer menghasilkan ecover untuk anda
2. Melakukan ecover sendiri secara manual dari scratch
3. Menggunakan action script ecover

Pilihan pertama
Jika anda mempunyai modal, anda boleh mengupah designer menghasilkan ecover untuk anda. Kebiasaannya mereka (Designer) akan caj sekitar RM30 – RM150 untuk menghasil SATU (1) jenis ecover sahaja!

Bayangkan jika anda mempunyai 10 produk? Berapakah modal yang anda perlukan?

Pilihan kedua
Jika anda mahir menggunakan “TOOLS” yang disediakan di dalam Photoshop atau GIMP, anda boleh menghasilkan rupa bentuk eCover anda dengan mudah. Walaubagaimanapun, ia akan mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan rupa bentuk ecover yang diingini seperti rupa DVD box, eBOOK, CD, dan sebagainya.

Bayangkan jika 1 design mengambil masa 2 jam… Brapakah jumlah masa yang anda perlukan untuk menghasilkan 10 bentuk design?

Pilihan ketiga (DISARANKAN!)
Ini adalah pilihan yang bijak di mana anda menggunakan action script eCover untuk menghasilkan ecover pilihan anda. Anda boleh menghasilkan pelbagai bentuk eCover yang telah diciptakan khas untuk anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah, hanya tekan butan PLAY, dan kemudian rupa bentuk eCover idaman anda akan terhasil!

Apa itu action script? Action script adalah “RAKAMAN” yang telah dibuat oleh penghasilnya bagi memudahkan segala tugas melakukan design. Jika kita ingin menghasilkan rupa design yang sama di masa hadapan, kita hanya perlu memainkan rakaman tersebut dan seterusnya rupa design yang diingini akan dihasilkan hanya beberapa minit sahaja!

Walaubagaimanapun, untuk menggunakan action script ini, anda memerlukan perisian Adobe Photoshop. Anda boleh download trial version di: http://www.adobe.com/products/photoshop/photoshop/

Jika anda memiliki perisian ini, maka saya amat mengesyorkan anda untuk melihat action script di:  http://www.maizul.com/ecoverproduk

2 Responses to “eCover Produk Mampu Meningkatkan Hasil Jualan”

  1. Hadinur MS Says:

    Btul tu…
    ecover merupakan salah satu faktor yg dapat melariskan jualan sesuatu produk digital.pastikan juga yg ecover tersebut tiptop atau dlm erti kata lain ‘versi terbaru’.hehe…

  2. Tukang Review Says:

    Keperluan membina ecover untuk sesebuah produk sudah menjadi satu kemestian pada masa sekarang. Tetapi, bukannya ecover yang biasa-biasa. Ecover seharusnya menonjolkan sesuatu produk itu seperti ianya sebuah produk yang sangat berharga dan berkualiti tinggi.

    Kenapa saya cakap macam tu? Sebabnya, people do judge the product by its cover. Jika produk tu tak nampak elegan, pasti orang pun tak nak beli kan? Jadi, jika anda seorang penjual produk digital, tapi mendapat jualan yang kurang, silalah tukar ecover produk anda menajdi lebih anggun.

    Oleh itu, saya sokong pernyataan bro Maizul ‘eCover Produk Mampu Meningkatkan Hasil Jualan” :-bd

Leave a Reply

CommentLuv badge