Belajar Mengendalikan Cpanel

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Jebat kerana telah berjaya menerbitkan sebuah produk pembelajar iaitu belajar menggunakan cpanel. Apa itu cpanel? Bagi mereka yang telah memiliki hosting sendiri tentunya tahu apa itu cpanel. Cpanel merupakan panel kawalan bagi anda apabila anda membeli hosting untuk menempatkan laman web anda. Di cpanel ini terdapat banyak alatan yang boleh anda gunakan seperti

  • Menghantar dan menerima email
  • Memantau stastistik laman web anda
  • Memasang perisian
  • Menyimpan data
  • Mengurus domain
  • dan lain-lain lagi

Ebook belajar cpanel ini khas buat mereka yang baru dalam mengendalikan hosting anda yang menggunakan cpanel. Dengan terbitnya ebook belajar cpanel ini anda boleh menggunakan alatan yang terdapat di cpanel anda dengan sepenuhnya. Dapatkan panduan asas cpanel anda sekarang.

Rahsia Trafik Percuma

Untuk pengetahuan pembaca blog saya, saudara Am (Azham Zanal) baru sahaja mengeluarkan report rahsia bagaimana menambah trafik secara percuma. Ebook ini akan mambantu anda meningkatkan lagi trafik dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan anda sama ada melalui google adsense, pengiklanan atau pun produk yang di jualan di laman web anda.

Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk mendapatkan report ini. Jadi apa tunggu lagi. Muat turun ebook sekarang.

P/s : Mulai hari ini 21 – 23 saya tidak dapat online kerana berkursus ke Kuala Lumpur.

 

Tingkatkan trafik dengan secara offline

Assalamualaikum, apa kabar?

Pada hari jumaat lalu ketika saya hentak pulang ke rumah, baru pertama kali saya melihat stiker yang ditampal di cermin belakang kereta yang tertera laman web replika seperti http://www.namadomain.com/namaahli. Bagus jugak idea pemilik kereta ini. Tentu sudah ramai yang membaca stiker tersebut lagi-lagi kalau bawak kereta slow-slow sikit kasi orang baca :) .

Paling kurang pun pasti ada rakan-rakan yang akan bertanya, laman web apa yang ko tempek kat cermin belakang tu? Apabila saya terbaca sahaja laman web yang tertera saya telah tahu apakah produk yang di jual. Saya mengetahuinya pun hanya pada minggu lalu, iaitu melalui rakan sejawat yang mengajak saya menyertainya dan memberikan laman webnya untuk saya buka. Sebenarnya ianya adalah laman web menjual prepaid.

Continue reading

Kesilapan Usahawan Muda Internet

Alhamdulillah saya baru sahaja selesai membaca sebuah laporan yang menarik mengenai “Kesilapan Usahawan Muda Internet”. Bagi seorang usahawan muda yang baru ingin menceburkan diri dalam perniagaan internet tentunya banyak kesilapan yang bakal saya dan anda tempuhi. Sebenarnya saya dan anda sendiri boleh mengelak dari melakukan kesilapan yang telah dilalui oleh orang-orang yang telah melaluinya.

Dengan berguru pada yang pakar dan menimba ilmu dari pengalaman mereka yang telah berjaya tentunya anda dapat menjimatkan sebahagian besar masa dan tenaga anda. Kini dengan terbitnya laporan yang telah disediakan oleh Hafiz Latib a.k.a Bitol yang mana beliau dengan seikhlas hati berkongsi kesilapan-kesilapan yang telah beliau lalui dalam menjalankan perniagaan internet.

Dari pembacaan saya melalui laporan setebal 27 muka surat ini. Terdapat 10 perkara yang perlu saya ambil perhatian dan mengikuti apa yang telah disarankan oleh saudara Hafiz. Semoga apa yang telah dikongsikan oleh saudara Hafiz menjadi panduan buat saya dan anda. Bukan senang untuk mendapatkan ilmu dan mengorek rahsia perniagaan usahawan internet yang berjaya seperti saudara Hafiz ini secara percuma. Ya PERCUMA! Muat turun laporan ini melalui banner di bawah.

Terima kasih Bitol kerana sudi berkongsi pengatahuan melalui laporan ini.

Pendapatan Berulang Impian Semua!

Pada kali ini, mari kita bincangkan jenis-jenis pendapatan yang anda perolehi di dalam perniagaan atau pekerjaan anda, dan kita lihat pendapatan yang bagaimanakah patut kita perolehi.

Terdapat tiga (3) jenis aliran pendapatan yang boleh diklasifikasikan seperti di bawah.

1. Buat Sekali – Dibayar sekali

Jika anda laksanakan kerja, jualan atau melaksanakan sesuatu kontrak sekali sahaja, anda juga akan dibayar sekali sahaja dan pendapatan anda akan berakhir di situ sahaja.

2. Berterusan Bekerja – Berterusan Dibayar Continue reading

Page Rank Update

Bagi yang belum memasang google toolbar di web browser pasti tidak perasan perubahan Google Page Rank (PR) laman web atau blog yang sering anda lawati. Saya pun tak perasan PR telah di update beberapa hari lepas kerana PR blog saya masih lagi PR3/10. Saya hanya sedar apabila 2 sub domain saya telah meningkat PRnya. Iaitu dari PR0/10 ke PR2/10. Iaitu :

  1. Pakej Kit Blogger
  2. Pakej Lengkap Membina Laman Web Jualan

Rasanya ramai jugak rakan blogger yang mendapat PR yang baik ada juga rakan blogger yang masih mengekalkan PR yang sama. Bagi yang belum mendapat PR jangan putus asa. Teruskan usaha. Selalunya PR1 – PR3 ni mudah nak dapat. Berapa PR Blog anda pula? Kongsi PR blog anda di ruangan komen.

Berani Gagal

“Di sebalik tanggapan biasa, mereka yang berjaya sebenarnya lebih banyak gagal daripada yang tidak berjaya… hanya kerana mereka lebih banyak mencuba daripada mereka yang tidak berjaya.”

 

Begitulah petikan yang saya ambil di kulit hadapan sebuah buku “Berani Gagal” Sebuah buku yang terlaris beberapa tahun yang lepas. Sebenarnya saya baru sahaja habis membaca buku yang setebal 403 muka surat ini. Buku ini telah dikarang oleh Billi P.S. Lim. Tentu ramai yang sudah mendapatkan buku ini betul tak?

Di dalam buku ini banyak menceritakan pengalaman yang ditempuhi oleh mereka yang berjaya dan di sebalik kejayaan yang telah mereka kecapi, banyak kegagalan dan pengalaman buruk yang mereka tempuhi. Renungi kata-kata berikut :

” Apa yang orang nampak dari kejayaan saya hanyalah 1% daripadanya, tetapi apa yang mereka tidak nampak adalah 99% iaitu kegagalan-kegagalan saya ” – Soichiro Honda, Pengasas Honda Corporation.
Continue reading

Bang air tembikai satu.

Wah lama jugak saya tak update blog saya ni. Harap masih ada lagi penggunjung setia melawat blog saya. Siapa ada lawat blog saya ni sila angkat tangan?

Asyik melawat blog orang je blog sendiri tak di update-date. Rajin betul korang ni hari-hari update blog. Sampai banyak jugak artikel yang aku tertinggal untuk baca terutamanya blog yang di update hari-hari. Walaupun saya online hari-hari tapi masih ada juga artikel yang tertinggal untuk saya baca. Sebenarnya banyak jugak RSS blog yang saya langgan terutamanya blog-blog perniagaan internet.

Tadi saya baru sahaja ke pergi ke pasar malam. Ada sesuatu yang menarik perhatian saya. Ianya ada berkaitan dengan tajuk artikel saya kali ini iaitu menjadi unik. Apa yang saya perhatikan tadi terdapat seorang peniaga air di pasar malam ni mendapat lebih pelanggan daripada peniaga air yang lain.

Tentunya ada sesuatu yang unik atau rahsia bagaimana peniaga ini mendapat lebih ramai pelanggan dari peniaga air yang lain. Apa yang saya perhatikan sebelum ini tapak peniaga air selalunya berada di hujung permulaan pasar dan di hujung akhir pasar malam. Mungkin itu tempat yang bagus bagi peniaga air menjual air kepada pelanggan yang kepenatan berjalan sepajang pasar.

Continue reading

Bisnes Kad

Sebagai salah satu teknik pemasaran offline yang menandakan anda begitu komited dengan perniagaan anda. Anda patut memilikinya. Di antara sebab-sebab anda perlu memiliki bisnes kad.

  1. Mudah di bawa.
  2. Cantik dan menarik
  3. Menyakinkan pelanggan anda
  4. Diperlukan semasa anda kesuntukan masa.
  5. Memudahkan pelanggan menghubungi anda.
  6. Memudahkan anda mencampakkan kad anda ke rumah orang. (Hari ni aku ada dapat satu, Ah-long hantar) ;)

Nampaknya aku dah kene tag ni oleh Sham. Terima kasih Sham sebab ajak aku main sama tag-tag ni. Inilah pertama kali aku di tag. Sebelum ni di blog adik aku selalu gak main tag-tag ni. Tapi tak pernah pun aku di tag.

Oleh sebab takleh nak hantar bisnes kad yang biasa rakan-rakan internet jadi kita pakai VCard (Virtual Card). Di bawah ni vcard yang aku hasilkan.

Continue reading

Perlukah anda memiliki kamus?

Walaupun anda seorang guru yang mengajar subjek Bahasa Inggeris itu tidak bermakna anda tidak perlu membawa kamus. Betul tak? Teringat saya pada pensyarah saya dahulu yang mengajar Bahasa Inggeris. Beliau tidak lekang dengan membawa kamusnya yang tebal setiap kali masuk ke kuliah.

Saya juga turut menggalakkan anak didik saya mempunyai kamus mereka sendiri. Walaupun bentuknya kecil, bersaiz tebal dan agak menyukarkan apabila membawanya bersama buku-buku lain. Sebenarnya banyak lagi perkataan-perkataan yang masih belum diketahui maknanya terutamanya istilah-istilah Sains dan Matematik.

Saya tertarik dengan artikel tip 1 minit dari Dr Irfan yang menyatakan kelebihan berbahasa. Tentunya menjadi satu kelebihan bagi mereka yang mampu menguasai banyak bahasa. Dengan menguasai lebih banyak bahasa adalah lebih mudah untuk anda berkomunikasi dengan pelanggan yang hanya boleh berkomunikasi dalam bahasa ibundanya sahaja. Seperti apa yang Dr Irfan katakan di blog beliau…

kemahiran berbahasa boleh memajukan sesuatu perniagaan yang mana sekurang-kurangnya kita perlu mahir berbahasa Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Continue reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...