Menyimpan Dirham Sebagai Tabungan

Menyimpan yang fiat (wang kertas) boleh menyebabkan kuasa beli anda dimakan oleh inflasi apabila tahun semakin meningkat. Sebagai contoh anda boleh menonton video dibawah.

[youtube width=”625″ height=”344″]http://www.youtube.com/watch?v=g2VNdqSere0[/youtube]

Daripada video yang ditunjukkan diatas apa yang anda dapat beli pada masa sekarang, sebagai contoh dengan nilai RM100 dan kemudiannya pada tahun hadapan anda tidak dapat lagi membeli dengan jumlah nilai yang sama dengan kuantiti wang yang sama juga seperti yang telah anda belanjakan pada tahun lalu.  Ini menunjukkan kuasa beli wang anda semakin menyusut. Wang yang sama nilainya hanya boleh membeli beberapa barangan sahaja berbanding pada tahun yang lalu.

Jika diperhatikan kadar inflasi sekarang

inflasi

Dengan menyimpan dirham (perak) anda boleh menyimpan nilai apabila tahun semakin meningkat. Oleh kerana perak adalah terhad kuantitinya di dalam dunia ini, pelaburan anda bertindak sebagai “Penyimpan Nilai”.

Perak tidak boleh dimanipulasi berbanding dengan mata wang kertas yang boleh dicetak sewenang-wenangnya sehinggakan menjadi tidak bernilai. Orang yang berpendapatan tetap mendapati kos sara hidup mereka semakin mahal sedangkan sedangkan pendapatan mereka tidak meningkat.

[youtube width=”625″ height=”344″]http://www.youtube.com/watch?v=xopf9h2TVRo[/youtube]

Jadi, jadikan lah emas & perak sebagai penyimpan nilai wang anda. Anda boleh bermula dengan menyimpan 10 dirham sebagai permulaan.

Mulakan tabungan anak anda dengan menyimpan perak (dirham) mulai tahun ini. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

3 Kategori Matlamat Pemilik Emas.

Sebelum anda membeli emas tetapkan matlamat yang ingin anda capai. Di sini boleh saya simpulkan terdapat 3 kategori matlamat pemilik emas. Anda hanya perlu bertindak mengikut apakah matlamat anda sebelum membeli emas.

1. Penyimpan Emas : Kategori penyimpan adalah mereka yang menyimpan emas bagi tujuan pengekalan kuasa beli pada masa depan ini kerana nilai emas tidak terjejas dengan kadar inflasi. Tindakkan : Beli emas ketika mempunyai wang dan simpan emas tersebut selama yang boleh untuk kegunaan masa depan.

2. Peniaga Emas : Mendapatkan keuntungan dengan menjalankan perniagaan menjual beli emas. Mendapatkan hasil keuntungan daripada jual beli emas. Tindakkan : Memborong emas dan menjual emas kepada pembeli.

3. Pelabur Emas : Matlamat adalah meraih keuntungan daripada kenaikkan harga emas. Tindakkan : Membeli emas semasa harga emas rendah dan menjualnya semula apabila harga emas meningkat naik.

Tujuan + Tindakkan = Pulangan

Jadi anda tentukan pulangan bagaimana yang anda kehendaki melalui pembelian emas.

Kisah Kambing Dan 1 Dinar

Satu kisah yang menarik berkenaan kuasa beli dinar emas dapat dilihat di dalam hadis nabi. Ketika zaman Rasulullah SAW, harga seekor kambing adalah 1 Dinar. Ceritanya adalah seperti di bawah:
Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

(Pada suatu hari) Rasulullah SAW menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah SAW memberi kepadaku satu dinar dan berkata:

“Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.”

Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah SAW dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata:

“Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”

Rasulullah bertanya:

“Bagaimana kamu melakukannya?”

Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata:

“Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

Sekarang pun kita boleh membeli seekor kambing dengan 1 Dinar. Betapa stabilnya matawang syariah yang dianjurkan oleh Islam. Allah Maha Besar. Sesunggunya Allah lebih tahu akan keperluan umat manusia.

Continue reading

Spread / Susut Nilai Emas

“Spread” adalah istilah yang hampir sama dengan Susut Nilai Emas dan biasanya ia dikira dalam bentuk peratus (%).

Ianya merujuk kepada potongan harga yang dikenakan apabila Emas dijual semula kepada penjual asalnya atau kepada penjual yang lain.

Perbezaan antara Spread dan Susut Nilai adalah:

Spread – Kadar potongan peratusnya rendah dan tetap. Biasanya ia untuk emas berbentuk Bar, Syiling dan Dinar

Susut nilai – Kadar potongan peratusnya lebih tinggi dan berbeza-beza bergantung kepada penilaian harga yang ditawarkan untuknya. Biasanya ia untuk emas berbentuk barang kemas

Apa kaitan Spread dan Pelaburan Emas?

Dalam pelaburan emas, keuntungan dari kenaikan harganya hanya akan diperolehi apabila emas yang dibeli telah dijual semula, bermakna memilih Produk Emas Pelaburan yang mempunyai kadar Spread paling rendah adalah satu ciri yang paling penting dan perlu diutamakan berbanding saiz, berat dan ketulenannya samaada 999 atau 916.

spread

Continue reading

Kategori Dealer Public Gold Dan Kelebihanya

Terdapat 3 kategori Dealer yang ditawarkan oleh Public Gold

Untuk mendaftar sebagai dealer, anda hanya perlu membuat belian minimum Emas atau Perak atau kedua-duanya sekali dalam amaun minimum yang telah ditetapkan, dan ianya perlu dibuat dalam satu belian.

  • Normal Dealer – Belian Minimum RM 20,000
  • Priority Dealer – Belian Minimum RM 100,000
  • Master Dealer – Perkenalkan 5 orang Prority Dealer sahaja.

Normal Dealer anda perlu membuat belian minima RM 20,000 dalam satu resit dan kelebihannya ialah :

  • Setiap kali membuat belian anda akan dibayar komisyen 1%
  • Bila anda membuat jualan semula ke Public Gold, anda akan dibayar komisyen 0.5%
  • Jika ada dealer yang anda perkenalkan, setiap kali mereka membuat belian, anda akan menerima komisyen 0.2%

Priority Dealer anda perlu membuat belian minima RM 100,000 dalam satu resit dan kelebihannya ialah :

  • Setiap kali membuat belian anda akan dibayar komisyen 1.5%
  • Bila anda membuat jualan semula ke Public Gold, anda akan dibayar komisyen 0.5%
  • Jika ada dealer yang anda perkenalkan, setiap kali mereka membuat belian, anda akan menerima komisyen 0.5%

Master Dealer anda perlu perkenalkan 5 orang Prority Dealer dan kelebihannya ialah :

  • Setiap kali membuat belian anda akan dibayar komisyen 2%
  • Bila anda membuat jualan semula ke Public Gold, anda akan dibayar komisyen 0.5%
  • Jika ada dealer yang anda perkenalkan, setiap kali mereka membuat belian, anda akan menerima komisyen : 1% Normal Dealer, 0.5% Priority Dealer, 0.1% Master Dealer

Cara Menjadi Dealer Public Gold

Bagi anda yang ingin menjadi dealer public gold sila ikuti langkah-langkah dibawah ini. Anda hanya perlu membuat pembelian minimum dan secara automatik layak menjadi dealer Public Gold.

  1. Daftarkan segala maklumat anda di laman web Public Gold di sini.
  2. Klik pada butang Login > Register
  3. Lengkapkan segala butiran maklumat anda pada laman web tersebut.
  4. Klik pada button Register setelah anda lengkap mengisi maklumat yang diperlukan.
  5. Tahniah anda telah pun berjaya mendaftarkan akaun sementara Public Gold.
  6. Sila buat tempahan pembelian minimum sebarang variasi emas dan perak sebanyak RM20,000.00 pada laman web.
  7. Buat pembayaran kepada pilihan akaun bank yang diberikan pada akhir tempahan anda.
  8. Sila ambil stok tempahan pembelian emas dan perak anda di cawangan Public Gold yang telah anda tetapkan semasa membuat tempahan.
  9. Itu sahaja,….