Top Secret The Billionaire – Filem Thai dari kisah benar seorang taikun snek

Semalam sehari membelanjakan masa menonton cerita Top Secret The Billionaire iaitu sebuah filem Thai dari kisah benar seorang taikun snek “tao kae noi”.

 

 

 

 

 

 

 

Sinopsis

The Billionaire adalah sebuah filem Thai yang diangkat ke layar perak berdasarkan dari kisah benar seorang taikun snek – Top Ittipat, Bermula dari usia 16 tahun – Top adalah seorang yang tidak ada arah kehidupan dan terlalu gila bermain permainan video online. pada usia 17 tahun – Top berhenti sekolah untuk menjadi penjaja kacang. Pada usia 18 tahun – Top terpaksa hidup merempat setelah keluarganya diistiharkan muflis dan meninggalkan hutang sebanyak 4O juta baht. Pada usia 19 tahun – Top mencipta snek rumpai laut yang dinamakan Tao Kae Noi dan dijual di 3 ribu cawangan 7-Eleven di Thailand. Dan kini, di usia 26 tahun – Top adalah taikun snek yang paling berjaya di Thailand dengan jumlah penghasilan sebanyak 800 juta Baht setahun dan mempunyai 2000 pekerja. Itulah dia, Top Ittipat dan ini adalah kisah benar hidupnya.

Keuntungan 100%

Baiklah pada hari ini saya ingin membuat post mengenai peluang perniagaan yang memberikan pulangan perniagaan sehingga 100%. Peluang perniagaan yang saya maksudkan adalah berasaskan produk sistem habahan sms. Bagaimana anda boleh mendapat pulangan sehingga 100%. Ada caranya. Sila perhatikan gambar rajah di bawah.

1. Untuk mendapatkan pulangan sehingga 100% hanya ditawarkan kepada reseller yang mendaftar bagi pakej Extreme 500 atau Extreme 1000.

2. Dengan menyertai salah satu dari pakej diatas, dengan hanya memperkenalkan kepada 2 orang kenalan anda, anda akan mendapat semula modal yang telah anda laburkan untuk menjadi reseller hyprobulksms ini.

3. Apabila anda memperkenalkan rakan anda yang ketiga pula, yang dikenali sebagai Power Line anda akan menerima komisyen sebanyak 100%

Diatas adalah penerangan ringkas plan pemasaran bagi produk Hyprobulksms. Dari segi produknya pula, anda boleh menggunakan sistem menghantar pesanan ringkas SMS kepada rakan, ahli kelab, ahli persatuan atau pun komuniti yang mempunyai ramai ahli untuk menyampaikan sesuatu maklumat  dalam masa yang singkat. Boleh tonton video di sebelah.

Download report percuma “Buat Duit Dengan SMS” untuk maklumat lanjut http://www.smsjer.com

Strategi IKEA

Hari ini saya ingin berkongsi dengan ada tentang strategi yang dilakukan oleh seorang peniaga dari Sweden, Ingvar Kamprad iaitu pengasas IKEA, rangkaian kedai perabot yang terbesar di dunia. Bagaimana Kamprad memikirkan cara untuk menawarkan perabot yang berkualiti pada harga yang lebih rendah. Strategi penjimatan kos beliau adalah gabungan 5 strategi berikut.

  1. Membuat pesanan daripada pengeluar dalam kuantiti yang banyak untuk menurunkan kos barang bagi setiap unit.
  2. Prabot direka dalam bentuk knockdown supaya mudah diangkut ke dalam gudang.
  3. Menjimatkan kos penghantaran apabila pelanggan melihat lalu membeli, serta mengambilnya sendiri daripada bahagian stor untuk dibawa pulang.
  4. Pelanggan memasang sendiri perabot mereka, oleh itu kos pemasangan dapat dijimatkan.
  5. Gedung IKEA beroperasi mengikut konsep margin keuntungan yang rendah pada kuantiti yang tinggi.

Kesemua strategi tersebut membolehkan IKEA menawarkan harga sebanyak 20% lebih murah berbanding pesaing mereka dan membuat keuntungan yang cukup besar.

3 Kunci Merancang Masa

Di sini saya ingin berkongsi tentang artikel yang bagi saya sungguh berguna buat saya dan anda juga. Bukan hanya dalam perniagaan malahan dalam kehidupan harian. Bak kata orang masa itu emas.

Dalam menjalankan perniagaan, perancangan masa adalah elemen yang amat penting. Dengan pengurusan masa yang bijak, usahawan dapat melakukan lebih banyak perkara dalam waktu yang diberikan. Ianya dikatakan setiap manusia mempunyai 24 jam yang sama dalam masa sehari. Ianya bergantung kepada kita bagaimana kita menguruskan waktu 24 jam kita yang membezakan kejayaan seseorang.

Berikut adalah 3 kunci merancang masa:

Kunci #1: Rancang hari anda pada malam sebelumnya

Dalam pengurusan masa, lebih banyak anda merancang, lebih banyak masa dapat dijimatkan. Rancang keesokan hari anda pada hari sebelumnya. Sebelum masuk tidur, ambil sekeping kertas dan tuliskan segala aktiviti yang anda perlu lakukan untuk esok hari. Perancangan sebegini akan memudahkan kerja yang dilakukan keesokan hari.

Ianya dikatakan bahawa, 10% daripada masa anda ambil untuk merancang masa, anda akan menjimat 90% daripada masa anda dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan.

Seringkali juga digalakkan merancang pada malam sebelumnya oleh kerana ketika tidur, minda anda umpama bersedia untuk menangani hari yang baru yang penuh dengan perancangan. Kerja akan lebih sempurna dan tersusun dengan merancang pada hari sebelumnya.

Continue reading

Soal Jawab Mudah Perniagaan Internet

Bagi anda yang terlepas siaran rancangan Jutawan, mengenai Soal Jawab Mudah Perniagaan Internet kini anda boleh mendengar semula rakaman rancangan Jutawan! bersama Irfan Khairi di Radio 24.

Saya sendiri pun sering terlepas mendengar rancangan ni di sebabkan Radio 24 ni siarannya belum lagi meluas jadi saya hanya dapat dengar melalui internet je.

Banyak idea-idea yang boleh anda gunakan untuk menjalankan perniagaan internet ini sebenarnya. Untuk memuat turun audio Soal Jawab Mudah Perniagaan Internet sila klik pada gambar. Tahniah juga buat DikMal yang berjaya berjumpa dan bergambar dengan idolanya.

Affiliate salah satu sumber pendapatan.

Sebahagian besar usahawan internet menggunakan script affiliate bagi memudahkan mereka memasarkan produk dan dapat mengurangkan kos pengiklanan.

Tentunya kos pengiklanan bagi memasarkan produk memerlukan kos yang tinggi. Lebih teruk lagi apabila produk yang di iklankan di sesebuah laman web tidak membawa seorang pembeli pun. Di sini pengusaha telah mengalami kerugian disebabkan telah mengeluarkan banyak belanja hanya untuk pengiklanan sahaja.

Bagi usahawan internet yang memasang script affiliate di laman jualan mereka, sudah tentunya kos pengiklanan dapat dikurangkan. Ini kerana produk mereka akan dibantu oleh agen-agen affiliate bagi membantu membawa pelawat ke laman jualan mereka. Di sinilah peluangan bagi mereka yang ingin mendapat pendapatan sampingan sebagai agen affiliate untuk mendapatkan komisyen.

Affiliate ialah merupakan sebuah perkongsian keuntungan yang mana agen affiliate akan dibayar komisyen bagi setiap prospek yang berjaya diperkenalkan. Di sini pihak pengeluar produk tidak memerlukan kos pengiklanan terlalu tinggi bagi memperkenalkan produk mereka kerana agen-agen affiliate inilah yang akan membantu bagi mencari prospek.

Continue reading

Cara memaksimumkan komisyen affiliate.

Assalamualaikum. Apa kabar?

Malam tadi hampir 5 sms yang saya terima dari orang yang tidak saya kenali.
Tak payah lah saya letakkan nombornya di sini. Setelah membaca sms yang saya terima kemungkinan penghantar juga turun menghantar sms tersebut kepada rakan-rakannya yang lain. Maklumlah handphone sekarang sudah semakin canggih. Dengan hanya sekali tekan beratus-ratus sms yang boleh dihantar dengan serentak.

Berikut adalah sms yang saya terima :

Program Baru!!

Cepat Joint!!

RM50 bertukar menjadi RM88,880 atau lebih!!

Sila layari http://namadomain.com/?id=namaahli Continue reading