Nak Jual Kereta Lama Anda?

1024px-NISSAN_FAIRLADY_Z_Z33

Apabila anda berasa ingin menjual kereta lama anda kepada yang baru, apa yang saya dapati 2 faktor yang diambil kira kedai kereta sebelum membeli kereta anda tersebut.

1. Harga pasaran semasa

2. Keadaan kereta ada

Apa yang saya dapati 2 faktor ini, yang menentukan nilai kereta yang boleh mereka (kedai kereta) tawarkan harga kepada anda,

Bagi panduan lebih lengkap, yang nak trade in kereta anda boleh baca artikel di sini cara nak trade in kereta lama anda.

Cashflow 101

Bagi yang masih belum pernah bermain dengan permainan cashflow 101, anda patut mencubanya.

Cashflow 101 adalah sebuah permainan simulasi kewangan. Bagi anda yang menginginkan tahap kewangan yang lebih baik, anda patut cuba permainan ini. Saya pasti anda dapat belajar menguruskan kewangan dengan lebih baik setelah 2 3 kali bermain dengan permainan ini.

Untuk memudahkan pemahan anda, sila tonton video dibawah.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=IrG8JZsZNTA[/youtube]

Saya sendiri belajar melalui permainan ini, untuk memahami bagaimana penyata pendapatan, perbelanjaan, aset dan liabiliti adalah sangat penting bagi diuruskan bagi setiap orang individu.

Bagi anda yang berminat mendapatkan permainan ini, boleh mendapatkannya di My Store.

Biar duit kerja untuk kita

Kata orang bijak pandai: “It is easier to make money than it is to keep it.”

Buat duit (make money) tidak sama dengan urus duit (keep money).

 Majoriti daripada kita tahu cara buat duit, iaitu dengan belajar rajin-rajin sampai masuk universiti dan selepas itu dapat kerja. Itu saja yang kita tahu. Cari duit dengan makan gaji.

Makan gaji tidak salah. Cuma ramai yang tahu cara buat duit dengan jalan makan gaji saja. Tidak tahu cara lain mendapat pendapatan bulanan selain makan gaji. Sedangkan hari ini peluang semakin luas, dunia semakin rata dan wujud peluang buat duit yang banyak tanpa perlu makan gaji.
Maka apabila kita rasa tidak cukup duit setiap bulan maka kita pun terus terfikir satu perkara saja, iaitu bagaimana nak naik gaji? Kita pun berdoa. Doa kita dimakbulkan. Alhamdulillah. Ada yang dapat naik gaji dan ada melompat kerja serta dapat naik gaji di tempat kerja baru. Kita pun rasa lega sebab gaji sudah naik.
Malangnya kelegaan itu hanya bertahan dua hingga tiga bulan saja. Masuk bulan ke-4 kita pun kembali kepada situasi sebelum naik gaji. Belum sampai hujung bulan, gaji habis. Aduh!

Urus duit tidak sama dengan buat duit.

Semua orang boleh jadi kaya. Bayangkan, masa zaman belajar dulu langsung tiada pendapatan. Habuk pun tiada. Namun selepas bekerja, kita berkemampuan memperoleh pendapatan sehingga RM30,000 setahun misalnya. Bayangkan, kehidupan kita mendadak naik, dari RM0 menjadi RM30,000.

Namun ‘kekayaan’ itu hanya sekejap. Ramai yang jadi ‘miskin’ semula sebab mengumpul hutang dan beban terlalu banyak dalam tempoh singkat. Kita hidup di atas kadar kemampuan sepatutnya. Kita banyak membeli benda kita tidak perlukan. Kita tidak tahu cara urus duit gaji yang betul. Jika kita sentiasa berbelanja lebih daripada duit gaji, maka sampai bila-bila kita tidak mempunyai sebarang harta.

Kemahiran urus duit ini kita tidak pernah belajar. Tidak pernah ambil tahu untuk tahu. Sedangkan kita memerlukan kemahiran urus duit sehingga kita meninggal dunia.

Jika kita habis belajar pada umur 24 tahun, dan kita ditakdirkan hidup sehingga umur 60 tahun, maka sebenarnya kita memerlukan kemahiran urus duit selama 36 tahun.

Urus duit lebih susah daripada buat duit.

Kebanyakan kita tidak sedar perbezaan buat duit dan urus duit. Bagi kita pendapatan besar setiap bulan menyelesaikan segala-galanya. Malangnya persepsi itu tidak tepat. Urus duit lebih penting. Semua orang mesti tahu cara betul uruskan duit sama ada bergaji tinggi atau rendah.

Sekiranya setiap bulan kita berpendapatan RM10,000 sekalipun, tetapi duit keluar setiap bulan mencecah RM12,000 apalah gunanya? Bak kata orang utara, ‘pi mai pi mai tang tu juga.

Dalam urusan duit cuma ada dua masalah saja:

1. Masalah tidak cukup duit.
2. Masalah terlebih duit.

Dan kedua-dua masalah ini perlukan satu kemahiran utama iaitu kemahiran menguruskan duit. Kemahiran urus duit ini membolehkan duit kita bekerja keras untuk kita.

Kita dapat menjadi tuan kepada duit. Duit menjadi hamba kepada kita. Jika kita tahu cara betul uruskan duit, dengan hanya menyimpan RM100 sebulan, kita dapat mempunyai simpanan sekitar RM335,000 selepas 40 tahun. Justeru, masalah duit yang mana satu kita mahu?

Continue reading

Jual muka untuk bayar hutang

LONDON: Dua siswazah menjual muka mereka kepada pengiklan dalam usaha untuk menjelaskan hutang pengajian berjumlah hampir GBP50,000 (RM250,000).

Ed Moyse dan Ross Harper, kedua-duanya berusia 22 tahun, melukis logo dan slogan syarikat pada muka mereka selama sehari. Ini akan membolehkan sesiapa saja yang melintas mereka, dapat membaca iklan berkenaan.

Antara syarikat yang menggunakan khidmat itu menerusi buymyface.co.uk setakat ini ialah Ernst and Young, Pipers Crisp dan Mashbo.

Kedua-dua siswazah terbabit yang menuntut di Universiti Cambridge, sudah memulakan projek itu selama 155 hari daripada 366 hari yang mereka rancang dan setakat ini berjaya mengumpul lebih GBP31,000 (RM155,000).

Mulanya, satu iklan berharga GBP1 (RM5) sehari tetapi kini, kedua-duanya menerima begitu banyak permintaan dan harganya naik hingga GPB400 (RM2,000) dan masih terus meningkat.

Moyse dan Harper berkata: “Ia cara di luar kebiasaan untuk kami menjelaskan hutang pengajian. Kami melihat begitu ramai yang gagal dalam permohonan untuk mendapatkan pekerjaan dan akhirnya terpaksa menerima karier yang sebenarnya bukan mereka kehendaki.

“Apa yang kami lakukan ialah sedikit berbeza dan ia bermula dengan agak baik.” – TS

ED Moyse dengan logo Mashbo

ED Moyse dengan logo Mashbo

HARPER menjadi iklan bergerak untuk syarikat Ernst and Young

HARPER menjadi iklan bergerak untuk syarikat Ernst and Young

Gaji PM Singapura RM5.31 juta

Gaji PM

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menerima saranan sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh pemerintah bagi mengurangkan gajinya, para menteri Kabinet dan Presiden negara berkenaan.

Saranan tersebut melibatkan pemotongan sekurang-kurangnya satu pertiga gaji menteri-menterinya yang berjumlah jutaan dolar, menurut dokumen tangga gaji baharu semalam.

Walaupun pemotongan tersebut dibuat, menteri di Singapura kekal antara menteri yang menerima gaji termahal di dunia.

Pemotongan gaji itu pernah dijanjikan oleh Hsien Loong bagi meredakan kemarahan rakyat selepas pilihan raya umum 2011 berlangsung.

Hsien Loong sendiri akan menerima gaji berjumlah AS$1.69 juta (RM5.31 juta) setahun iaitu pengurangan sebanyak 36 peratus berbanding sebelumnya.

Continue reading

Lampu botol solar

Lampu Botol

Di Philippin seorang pakcik telah menyelesaikan masalah penduduk miskin yang tidak mampu mendapatkan kemudah lampu elektrik. Nak pulak mereka tinggal bersebelahan dengan landasan keretapi. Rumah-rumah mereka ni dibagunkan sangat rapat dan kebanyakkan mereka lebih suka duduk di luar rumah berbanding didalam rumah yang gelap.

Boleh tonton video dibawah bagaimana seorang pakcik yang digelar Demi Solar kerana dengak kreativiti beliau banyak rumah sudah mempunya lampu botol.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=HrX90mmKYAU[/youtube]

 

lampu botolTips penjimatan : lampu downlight jenis skru atau lampu kalimantang kompak dengan ballast terbina dalam (self ballasted compact fluorescent lamp) yang mempunyai kecerahan 20 watt mampu memberikan cahaya sama seperti mentol kecerah 100 watt.

Lampu Botol

Meniti Hidup Seseorang Yang Bergelar Jutawan!!

ik_kwiksave

Pasti tidak ramai tahu Irfan Khairi yang mencapai status jutawan internet pada usia 25 tahun pernah bekerja sambilan sebagai tukang cuci di pasar raya United Kingdom dengan kadar upah paling rendah.

Dengan gaji sebanyak £3.50 sejam, iaitu kira-kira RM14 mengikut tukaran wang sekitar 1997 hingga 1998, Irfan Khairi yang kini berusia 29 tahun melakukan kerja mencuci lantai dan tandas pasar raya dari jam 6 hingga 8 pagi bagi mencari wang sampingan.

Dia sanggup menempuhi kepayahan itu semata-mata untuk memastikan dia mampu membeli buku motivasi dan kisah orang yang berjaya serta menghadiri seminar kejayaan.

Sejam selepas bekerja, Irfan bergegas mengikuti kuliah dalam bidang multimedia di Universiti Staffordshire.

Begitulah rutin harian Irfan sepanjang dua tahun pengajiannya di rantau orang.

“Masa itu, kalau hendak dikira, gaji yang diterima memang tidak cukup untuk menjalani kehidupan di bandar besar.Namun disebabkan mahu menghadiri seminar dan beli buku motivasi, saya sanggup bekerja sebagai tukang cuci,” katanya.

Selepas menerima ijazah, Irfan tidak lagi meneruskan kerja sambilan itu, Kali ini bukan dia mencari kerja, tetapi kerja pula mencarinya.Dia berkerja sebagai perunding multimedia di sebuah syarikat, Netmedia Education, di Birmingham, dengan gaji £1,400.

Continue reading

Syoknya berdropship

Masih lagi dengan tajuk dropship kerana saya sendiri sedang melakukannya di ebay. Saya masih ingat lagi pesanan Irfan Khairi sama ada di seminar Bicara Santai IK dan web binarnya. Menjual sesuatu yang kita minat sahaja tidak mencukupi tetapi menjual sesuatu yang kita minat bersama dengan permintaan ianya akan memberikan kita keuntungan yang lumayan.

Minat + Permintaan = Keuntungan Lumayan.

Setakat ini saya mengetahui 2 niche produk yang dijual oleh penjual ebay berpengalaman yang memberikan mereka keuntungan yang lumayaran kerana peroduk tersebut sememangnya hot dan mendapat sambutan hangat di seluruh dunia.

Anda boleh melakukan bisnes dropship tanpa mengeluarkan sebarang modal. Dengan mempunyai 3 perkara berikut anda sudah boleh memulakan bisnes dropship.

  1. Akaun eBay
  2. Paypal
  3. Laman Web Pembekal (dropshipper)

Dengan menggunakan akaun ebay, anda boleh menyenaraikan produk produk yang ingin anda jual di laman web ebay. Paypal pula memudahkan anda menerima pembayaran dari pembeli serata dunia. Setelah anda menerima wang di paypal melalui jualan barang anda di ebay, anda cuma perlu melakukan pesanan barang di laman web pembekal dan mereka akan melakukan proses pembungkusan dan penghantaran tersebut kepada pelanggan anda.

Kesemua wang yang terkumpul didalam akaun paypal anda, boleh ditunaikan ke dalam akaun simpanan anda sebenarnya. Wang tersebut boleh dijadikan sebagai modal pusingan untuk anda membayar kepada pembekal dropship anda atau membeli belah di laman web ebay sendiri. Mudah cerita.

Anda terima wang dari pembeli (paypal). Wang dari akaun simpanan anda gunakan untuk memesan produk dari dropshipper. Wang di dalam paypal yang terkumpul di tunaikan semula ke dalam akaun simpanan anda.

Saya telah pun menuliskannya dalam sebuah ebook yang ringkas bagaimana anda boleh melakukan dropship bersama mereka. Ketahui bagaimana anda boleh memiliki ebook ini secara percuma di sini.