Biar duit kerja untuk kita

Kata orang bijak pandai: “It is easier to make money than it is to keep it.”

Buat duit (make money) tidak sama dengan urus duit (keep money).

 Majoriti daripada kita tahu cara buat duit, iaitu dengan belajar rajin-rajin sampai masuk universiti dan selepas itu dapat kerja. Itu saja yang kita tahu. Cari duit dengan makan gaji.

Makan gaji tidak salah. Cuma ramai yang tahu cara buat duit dengan jalan makan gaji saja. Tidak tahu cara lain mendapat pendapatan bulanan selain makan gaji. Sedangkan hari ini peluang semakin luas, dunia semakin rata dan wujud peluang buat duit yang banyak tanpa perlu makan gaji.
Maka apabila kita rasa tidak cukup duit setiap bulan maka kita pun terus terfikir satu perkara saja, iaitu bagaimana nak naik gaji? Kita pun berdoa. Doa kita dimakbulkan. Alhamdulillah. Ada yang dapat naik gaji dan ada melompat kerja serta dapat naik gaji di tempat kerja baru. Kita pun rasa lega sebab gaji sudah naik.
Malangnya kelegaan itu hanya bertahan dua hingga tiga bulan saja. Masuk bulan ke-4 kita pun kembali kepada situasi sebelum naik gaji. Belum sampai hujung bulan, gaji habis. Aduh!

Urus duit tidak sama dengan buat duit.

Semua orang boleh jadi kaya. Bayangkan, masa zaman belajar dulu langsung tiada pendapatan. Habuk pun tiada. Namun selepas bekerja, kita berkemampuan memperoleh pendapatan sehingga RM30,000 setahun misalnya. Bayangkan, kehidupan kita mendadak naik, dari RM0 menjadi RM30,000.

Namun ‘kekayaan’ itu hanya sekejap. Ramai yang jadi ‘miskin’ semula sebab mengumpul hutang dan beban terlalu banyak dalam tempoh singkat. Kita hidup di atas kadar kemampuan sepatutnya. Kita banyak membeli benda kita tidak perlukan. Kita tidak tahu cara urus duit gaji yang betul. Jika kita sentiasa berbelanja lebih daripada duit gaji, maka sampai bila-bila kita tidak mempunyai sebarang harta.

Kemahiran urus duit ini kita tidak pernah belajar. Tidak pernah ambil tahu untuk tahu. Sedangkan kita memerlukan kemahiran urus duit sehingga kita meninggal dunia.

Jika kita habis belajar pada umur 24 tahun, dan kita ditakdirkan hidup sehingga umur 60 tahun, maka sebenarnya kita memerlukan kemahiran urus duit selama 36 tahun.

Urus duit lebih susah daripada buat duit.

Kebanyakan kita tidak sedar perbezaan buat duit dan urus duit. Bagi kita pendapatan besar setiap bulan menyelesaikan segala-galanya. Malangnya persepsi itu tidak tepat. Urus duit lebih penting. Semua orang mesti tahu cara betul uruskan duit sama ada bergaji tinggi atau rendah.

Sekiranya setiap bulan kita berpendapatan RM10,000 sekalipun, tetapi duit keluar setiap bulan mencecah RM12,000 apalah gunanya? Bak kata orang utara, ‘pi mai pi mai tang tu juga.

Dalam urusan duit cuma ada dua masalah saja:

1. Masalah tidak cukup duit.
2. Masalah terlebih duit.

Dan kedua-dua masalah ini perlukan satu kemahiran utama iaitu kemahiran menguruskan duit. Kemahiran urus duit ini membolehkan duit kita bekerja keras untuk kita.

Kita dapat menjadi tuan kepada duit. Duit menjadi hamba kepada kita. Jika kita tahu cara betul uruskan duit, dengan hanya menyimpan RM100 sebulan, kita dapat mempunyai simpanan sekitar RM335,000 selepas 40 tahun. Justeru, masalah duit yang mana satu kita mahu?

Continue reading

Jual muka untuk bayar hutang

LONDON: Dua siswazah menjual muka mereka kepada pengiklan dalam usaha untuk menjelaskan hutang pengajian berjumlah hampir GBP50,000 (RM250,000).

Ed Moyse dan Ross Harper, kedua-duanya berusia 22 tahun, melukis logo dan slogan syarikat pada muka mereka selama sehari. Ini akan membolehkan sesiapa saja yang melintas mereka, dapat membaca iklan berkenaan.

Antara syarikat yang menggunakan khidmat itu menerusi buymyface.co.uk setakat ini ialah Ernst and Young, Pipers Crisp dan Mashbo.

Kedua-dua siswazah terbabit yang menuntut di Universiti Cambridge, sudah memulakan projek itu selama 155 hari daripada 366 hari yang mereka rancang dan setakat ini berjaya mengumpul lebih GBP31,000 (RM155,000).

Mulanya, satu iklan berharga GBP1 (RM5) sehari tetapi kini, kedua-duanya menerima begitu banyak permintaan dan harganya naik hingga GPB400 (RM2,000) dan masih terus meningkat.

Moyse dan Harper berkata: “Ia cara di luar kebiasaan untuk kami menjelaskan hutang pengajian. Kami melihat begitu ramai yang gagal dalam permohonan untuk mendapatkan pekerjaan dan akhirnya terpaksa menerima karier yang sebenarnya bukan mereka kehendaki.

“Apa yang kami lakukan ialah sedikit berbeza dan ia bermula dengan agak baik.” – TS

ED Moyse dengan logo Mashbo

ED Moyse dengan logo Mashbo

HARPER menjadi iklan bergerak untuk syarikat Ernst and Young

HARPER menjadi iklan bergerak untuk syarikat Ernst and Young

Gaji PM Singapura RM5.31 juta

Gaji PM

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menerima saranan sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh pemerintah bagi mengurangkan gajinya, para menteri Kabinet dan Presiden negara berkenaan.

Saranan tersebut melibatkan pemotongan sekurang-kurangnya satu pertiga gaji menteri-menterinya yang berjumlah jutaan dolar, menurut dokumen tangga gaji baharu semalam.

Walaupun pemotongan tersebut dibuat, menteri di Singapura kekal antara menteri yang menerima gaji termahal di dunia.

Pemotongan gaji itu pernah dijanjikan oleh Hsien Loong bagi meredakan kemarahan rakyat selepas pilihan raya umum 2011 berlangsung.

Hsien Loong sendiri akan menerima gaji berjumlah AS$1.69 juta (RM5.31 juta) setahun iaitu pengurangan sebanyak 36 peratus berbanding sebelumnya.

Continue reading

Budak 7 tahun dapat RM749,903 dalam 30 minit

HOLT, Britain – Seorang budak lelaki berumur tujuh tahun, Kieron Williamson mendapat £150,000 (RM749,903) dalam tempoh 30 minit dengan menjual 33 lukisan yang dihasilkannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Jualan lukisannya pada minggu lalu telah menarik ramai pembeli sejauh Arizona, New York dan Afrika Selatan dengan beberapa orang lagi membida dengan menggunakan telefon dari seluruh dunia.

Satu pasangan dari Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) sanggup berkhemah selama dua hari di luar galeri di bandar Holt, Norfolk bagi memastikan mereka hadir pada pameran lukisan ketiga budak tersebut pada Jumaat lalu.

Antara gambar yang dilukisnya termasuk lukisan cat sebuah gereja, itik dan lukisan air beberapa nelayan memunggah hasil tangkapan.

Pada musim panas lalu, semasa berumur enam tahun, dia mengadakan pameran lukisan pertama dengan 19 lukisannya terjual dengan hasil jualan £14,000 (RM70,007).

Bakat Kieron dikesan dua tahun lalu apabila dia mewarnakan gambar dinosaur oleh ibu bapanya.

Namun, pada satu percutian, dia mula menghasilkan lukisan bot di dalam air selepas dibawa ke pelabuhan.

Ibu bapa Kieron kemudian mendapatkan pendangan pelukis tempatan dan pemilik galeri dan mereka mengesahkan Kieron mempunyai bakat untuk mencampurkan warna semasa melukis. – Agensi

Produk hati kecewa

SEORANG suami yang kecewa menjadi sensasi Internet apabila dia bertindak balas terhadap isteri yang meninggalkannya dengan menggunakan pakaian pengantin wanita itu untuk dijadikan pelbagai kegunaan harian.

Dan selepas membiarkan pakaian sutera itu di rak biliknya di Tucson, Arizona selama beberapa bulan, Cotter mula bertindak. Dia melancarkan laman web dengan nama ‘Pakaian Pengantin Bekas Isteri Saya,’ dan berusaha menggariskan 101 kegunaan untuk pakaian itu.

Setakat ini, dia sudah berjaya menyenaraikan 23 kegunaan, dari menjadikannya alas untuk senaman yoga hingga ke penapis pasta. Dia turut menggunakan pakaian sutera itu sebagai pembungkus ais, tali skip dan sepanduk sukan.

Dengan topeng Darth Vader, Cotter juga membuat orang-orang menggunakan pakaian pengantin itu. “Projek ini seolah-olah dapat mengubati kekecewaan saya. Tidak ada yang senang atau menyeronokkan mengenai perceraian. Saya akan berkongsi pengalaman saya dan pada masa sama menghiburkan diri dengan mereka beberapa kegunaan kreatif daripada pakaian ini.” Cotter mengaku kecewa apabila isterinya yang dikenali sejak di bangku sekolah lagi mengambil keputusan meninggalkannya Julai lalu.

Continue reading

Britney Spears boros

britney-spears

BRITNEY yang berbelanja RM3.31 juta sebulan hanya
membelanjakan RM641,442 untuk dua anaknya.

LOS ANGELES: Bintang pop, Britney Spears mungkin seorang jutawan tapi dia sebenarnya tidak bijak menguruskan pendapatannya.

Britney dilapor memperoleh pendapatan lebih RM41.3 juta tahun lalu tetapi dia membelanjakan RM36.4 juta dalam tempoh hanya 11 bulan hingga hujung Disember tahun lalu.

Dia sememangnya terkenal suka berbelanja mewah dan audit yang diserahkan kepada mahkamah Los Angeles mengesahkan dia berbelanja kira-kira RM3.31 juta sebulan.

Penyanyi itu kini kembali menikmati kejayaan dalam kariernya sebagai penyanyi selepas dua tahun berdepan masalah mental hingga menyebabkan dia dirawat di pusat psikiatrik.

Continue reading

Usahawan web tolak RM540 juta

mainpix

HIDUP MEWAH…Michael pernah menyewa helikopter untuk
membawa teman wanitanya bersiar-siar di Whitstable, Kent.

LONDON: Seorang ahli perniagaan muda Internet menolak tawaran lebih RM540 juta bagi menjual sebuah firma baru dilancarkan kira-kira 12 minggu lalu bagi membolehkan dia mengembangkan bisnes berkenaan.

Tanpa mahu menyatakan butiran tawaran itu, Andrew Michael berkata, dia terpaksa menolaknya walaupun lumayan kerana dia masih seronok mengendalikan firma berkenaan, dikenali sebagai Livedrive.

Menurut Michael, 29, dia mungkin bersedia menjual Livedrive selepas firma itu dikembangkan lagi.

“Saya baru memulakan Livedrive 12 minggu lalu dan sangat teruja mengendalikannya,” katanya semalam.

Livedrive menawarkan perkhidmatan penyimpanan data tanpa had secara online dengan bayaran kurang daripada RM212 setahun.

Matlamat firma itu adalah menggantikan fungsi komputer peribadi atau bisnes sebagai tempat simpanan pelbagai data.

Melalui Livedrive, pelanggan boleh mengakses data dari sebarang lokasi melalui Internet.

“Ketika ini saya tidak memerlukan wang,” katanya.

Pada Mei 2006, Michael untung RM238 juta apabila syarikat Jerman membeli perisian membangunkan laman web ciptaannya, Fasthosts.

Continue reading

Emping Illinois…

Pada pagi hari minggu ni sedang aku membelek-belek akhbar terbaca pulak mengenai emping jagung ni. Tak sangka ianya boleh dijual dengan harga yang agak mahal. Duit tu kalau nak beli motor baru pun dapat. Agak-agak kalau ada emping peta Malaysia ni ada ke orang Malaysia yang nak beli?

lu_05_big.jpg

SEKEPING emping jagung yang kelihatan seakan-akan peta Illinois yang dilelong menerusi eBay ini dibandingkan saiznya dengan syiling 10 sen AS, kelmarin. – AP.

Anda mungkin perlu melihat setiap keping emping jagung ketika bersarapan kerana satu daripadanya mungkin bernilai ribuan ringgit.

Emping jagung dalam gambar ini yang secara kebetulan berbentuk seperti peta negeri Illinois di Amerika Syarikat berjaya dilelong pada harga AS$1,350 (RM4,224) di laman web eBay.

Ia ditemui secara tidak sengaja oleh dua adik-beradik, Melissa dan Emily McIntire ketika bersarapan dan dinamakan sebagai The Great Illinois Corn Flake.

Populariti Senator Illinois, Barack Obama yang kini bersaing untuk menjadi wakil Demokrat ke White House turut membantu mempopularkan emping berkenaan.

Sumber : Utusan Malaysia

Jutawan PaPa

Saya mendapat YM dari adik saya mengenai cerita yang menarik ini dan saya kongsikannya untuk tatapan anda. Kisah seorang wanita yang dulunya kaya dan akhirnya sekarang papa.

LONDON: Yvonne Lawrence, 30, masih tersenyum meskipun beliau kini papa kedana, setelah sembilan tahun hidup dalam serba kemewahan selepas menang loteri RM9.46 juta.“Saya kini lebih gembira,” dakwa Yvonne yang hilang segala kekayaannya akibat gaya hidup mewah dan juga pelaburan yang merugikan.
Hakikatnya, jika wang kemenangan daripada tiket 8, 11, 25, 46 dan 47 itu tidak dibelanjakan dan disimpan di bank, Yvonne bakal memperoleh wang faedah RM570,600 setahun dan hidup selesa.

Kini, wangnya habis dan bekas kakitangan panggung wayang yang berpendapatan RM57,000 setahun itu kini terpaksa mencari kerja, mungkin kerja di pejabat.

Keluarganya kini bergantung kepada pendapatan suaminya, Nathan yang bekerja sebagai pengimpal. Baru-baru ini mereka terpaksa menjual rumah semi-d serta kereta sport berharga RM228,000 untuk membeli apartmen dua bilik dan kereta Peugeot 307 bernilai hanya RM38,000.

Continue reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...