Buat Duit Dengan PLR

Masih lagi dalam mod membaca lagi, buku terbaru yang saya baca adalah Buat Duit Dengan PLR. Buku ini ditulis oleh saudara Ahmad Syaifuddeen Mohamad atau lebih dikenali dengan nama Abooain.

Ok apa yang dimaksudkan dengan PLR. PLR adalah singkatan bagi Private Label Rights. Ianya adalah salah satu jenis lesen bagi penjualan produk digital seperti software, artikel,  video, audio dan juga ebook. Bagi produk yang mempunyai lesen PLR anda boleh mengubah hampir keseluruhan produk mengikut kehendak anda.

Ini adalah salah satu keistimewaan produk PLR yang membolehkan menjenamakannya semula produk mengjadi produk anda. Walaupun terdapat beberapa lagi jenis lesen yang biasa yang disentuh secara ringkas bagi penjualan produk digital buku ini, penulis memberikan langkah A- Z pada keistimewaan yang diberikan kepada pemilik produk yang mempunya lesen PLR dan diterangkan secara mendalam daripada sumber mana anda boleh mendapatkan produk sehinggalah ianya menjadi satu produk yang unik berbanding penjual yang lain.

Bayangkan keuntungan yang dipelolehi dari penjualan produk digital di internet. Keuntungan yang diperolehi melebihi 100%. Dengan hanya mengatahui rahsia pakar yang terkandung didalamnya, anda juga boleh berjaya.

Setelah membaca buku ini barulah saya tahu apakah salah satu produk yang paling disukai oleh pembeli. Walaupun saya sendiri bermula dengan menjual produk yang mempunyai lesen seperti ini dan mendapatkan jualan pertama di internet dengan hanya RM10 ringgit ianya membuatkat hati saya gembira.

Bagi yang berkesempatan pada hari ini 8/1/2011 anda boleh ke MPH Bookstores, Alpha Angle Shopping Centre pada jam 2.00 – 3.00 petang kerana sesi Author Talk Buku ini berlansung.

Bagi yang tidak berkesempatan, anda boleh mendapatkan maklumat lanjung mengenai buku ini melalui laman web berikut http://rahsiaprodukplr.com. Saya juga adalah salah seorang yang terawal membaca buku ini, anda boleh membaca testimoni yang saya berikan di dalam web tersebut. Saudara Abooain memang seorang pakar produk PLR, sejak saya mengenali beliau ini lah produk yang beliau fokuskan dan beliau seorang yang kreatif. Mengapa saya katakan berikut kerana apa bila terdapat satu jenis produk digital yang tengah hot dipasaran dan ramai yang menjualnya di pasaran tempatan anda akan melihat laman web jualan hampir kesemua penjual adalah sama sahaja…. target jualan adalah pasaran tempatan dan apa yang saya jumpa ialah laman web saudara Abooain berbahasa melayu dan ianya agak unik. Ini adalah pengalaman saya sendiri.

Pada pandangan saya pasti beliau mendapat banyak pelanggan berbanding penjual yang lain, bayangkan sehingga ke hari ini beliau mampu memberikan fokus dalam bidang produk digital dan boleh menghasilkan sebuah buku buat duit dengan PLR. Tahniah saudara Abooain diatas penghasilan buku ini.

Leave a Reply

CommentLuv badge