Buat Duit Dengan Jual Pakaian

Tags:

Buku terbaru yang telah selesai dibaca oleh saya adalah buku Buat Duit Dengan Jual Pakaian. Secara keseluruhan buku ini sangat bagus dan ditulis oleh seorang peniaga yang berpengalaman dengan model bisnes ini.  Oleh kerana pakaian adalah salah satu keperluan harian, ianya sentiasa mendapat permintaan sepanjang tahun. Terdapat 4 cara utama yang boleh digunakan bagi menjalankan bisnes pakaian.

  1. Dari rumah ke rumah
  2. Kawasan tumpuan
  3. Pasar malam
  4. Secara online

Setiap 4 cara diatas mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Setiap kaedah menjual diperincikan dengan kos-kos yang perlu ditanggung oleh perniaga. Sebagai contoh,  sekiranya anda ingin menjalankan perniagaan pakaian dengan menjual dari rumah ke rumah salah satu kos yang perlu anda fikirkan adalah kos pengangkutan yang akan anda gunakan nanti.

Buku ini juga ada menerangkan mengenai bagaimana menguruskan keuntungan yang diperolehi, anggaran peratus keuntungan yang boleh ada perolehi, kuantiti pakaian yang bersesuaian bagi mereka yang baru bermula dan banyak lagi. Cuma terdapat satu cara yang bagi saya kurang bersesuaian bagi mempromosikan pakaian menggunakan email yang dinyatakan dalam buku tersebut. Secara keseluruhan buku ini bagus bagi mereka yang ingin buat duit dengan menjual pakaian.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan buku ini, boleh dapatkanya melalui link dibawah.

Beli Buku Online! Mudah & Jimat!

One Response to “Buat Duit Dengan Jual Pakaian”

  1. zairi faiezil Says:

    Hai Geng,

    Jika kita ingin menjual produk fizikal, kita harus manage kewangan dengan sebaik-baiknya tetapi jika mempunyai panduan ataupun mentor insyallah kita dapat menjalankan perniagaan dengan lancar..

    Tq

Leave a Reply

CommentLuv badge