Buku yang terkini dalam koleksi saya adalah Rahsia Buat Duit Dengan eBay. Walaupun saya telah menjalankan beberapa tansaksi di ebay rasanya tidak lengkap kerana tidak memiliki buku ini.
Pada pendapat saya buku ini sangat sesuai bagi mereka yang masih baru di ebay. Ini kerana penerangan dan gambar yang ditunjukkan di dalam buku ini sangat mudah untuk difahami.
Alhamdulillah dengan panduan yang ditulis oleh En Azahar Abdul Rahman ini saya berjaya membuat jualan di ebay, berbanding dengan sebelum ini hanya membeli barang sahaja. Bagi usahawan internet yang menjalankan perniagaan untuk pasaran tempatan, anda boleh mencuba menjual barang di ebay Malaysia http://www.ebay.com.my. Anda juga boleh menyenaraikan barangan yang ingin dijual secara percuma di ebay Malaysia.
Di sini juga saya kongsikan dengan anda sebuah ebook yang menceritakan tentang drop shipping anda boleh downloadnya di sini. Terdapat juga satu topik perbincangan yang banyak maklumat yang boleh anda perolehi di forum perbincangan WC yang bertajuk Diari Usahawan eBay Berhingus.
Teringat masa pertama kali melakukan melakukan pembelian di ebay. Orang pertama yang memberikan feedback ialah saudara Eruwan Garry. Thanks bro.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.
assalamualaikum
satu perkongsian yang menarik. setuju dengan pendapat maizul, kalau dah boleh menjual tapi x baca buku memang rasa tak lengkap.
selamat berhari raya maaf zahir batin
Berminat menceburi dlm Ebay…tapi akaun suspended selama 1 tahun sebab langgar TOS. 2 bulan lagi nak tunggu akaun on semula
Selalunya saya nampak, panduan eBay dlm bahasa Inggeris.
Ini kali pertama terjumpa yg versi bahasa Melayu.
Bagus juga
Bagus jugak guna ebay nie untuk pasarkan produk kita nie…gua pun dalam perancangan nak masukkan produk gua kat ebay nie..
Saya bersetuju dengan saudara Maizul, panduan yang betul tu penting. Memang tanggapan kita bila sebut “eBay” pasaran “super” luasnya dan kita tidak boleh lupa dengan permainan harga. Jika hari ini kita letak harga rendah, esok lusa aik! ada yang lebih rendah. Silap-silap barang jual tak laku, duit habis dek bayaran fee. Tak kira suspend lagi tu..Sekadar berkongsi. Thank’s bro