Semalam 16.10.2010 dengan izin Allah saya dapat meluangkan masa menghadirkan diri ke mini worksyop “Anda Layak Berjaya” pada jam 2.00 petang di Hotel Herritage, Ipoh. Ianya dianjurkan oleh Peoplepreneur Business School yang diasaskan oleh Dr Irfan Khairi, Dr Azman Ching & C M Lee, Allen.
Slot pertama adalah tayangan video oleh IK, kemudiannya penerangan dari Mr Jeff kemudian sesi networking (tukar-tukar kad bisnes) & bicara santai bersama IK.
Kiranya ini adalah kali ke 2 saya berjumpa Dr Irfan Khairi.
Banyak jugak ilmu yang saya dapat dari mini worksyop walaupun ianya percuma. Semasa sesi Bicara Santai bersama IK. Ada 3 soalan yang diutaran oleh IK lebih kurang macam ni lah soalannya.
1. Apakah matlamat yang paling besar yang boleh anda capai?
2. Kalau anda boleh setkan jadual harian anda, bagaimana anda setkannya?
3. Kalau ada ada 6 bulan untuk hidup, apakah yang anda lakukan?
*Sila tulis diatas kertas dan nyatakan jawapan anda sendiri.
Diantara perkara-perkara yang dikongsikan IK
- Perniagaan tanpa modal
- Tool membuat kajian
- Mengenai persaingan dalam perniagaan
Di akhir sesi Bicara Santai IK, seperti pengalaman yang lalu IK menyatakan
“Saya doakan kejayaan anda & anda doakan kejayaan saya juga”
Anda boleh melihat tarikh mini woksyop seterusnya dilaman web berikut http://andalayakberjaya.com
Bagi saya peluang dapat menyertai mini woksyop sebegini dan dapat berjumpa dengan ikon jutawan bukanlan mudah kerana mereka sentiasa sebuk dengan jadual yang sungguh padat disamping itu harga bagi satu-satu seminar bukanlah murah. Tetapi saya tetap percaya pada artikel tempat yang paling baik untuk melabur.