Biar duit kerja untuk kita

Kata orang bijak pandai: “It is easier to make money than it is to keep it.”

Buat duit (make money) tidak sama dengan urus duit (keep money).

 Majoriti daripada kita tahu cara buat duit, iaitu dengan belajar rajin-rajin sampai masuk universiti dan selepas itu dapat kerja. Itu saja yang kita tahu. Cari duit dengan makan gaji.

Makan gaji tidak salah. Cuma ramai yang tahu cara buat duit dengan jalan makan gaji saja. Tidak tahu cara lain mendapat pendapatan bulanan selain makan gaji. Sedangkan hari ini peluang semakin luas, dunia semakin rata dan wujud peluang buat duit yang banyak tanpa perlu makan gaji.
Maka apabila kita rasa tidak cukup duit setiap bulan maka kita pun terus terfikir satu perkara saja, iaitu bagaimana nak naik gaji? Kita pun berdoa. Doa kita dimakbulkan. Alhamdulillah. Ada yang dapat naik gaji dan ada melompat kerja serta dapat naik gaji di tempat kerja baru. Kita pun rasa lega sebab gaji sudah naik.
Malangnya kelegaan itu hanya bertahan dua hingga tiga bulan saja. Masuk bulan ke-4 kita pun kembali kepada situasi sebelum naik gaji. Belum sampai hujung bulan, gaji habis. Aduh!

Urus duit tidak sama dengan buat duit.

Semua orang boleh jadi kaya. Bayangkan, masa zaman belajar dulu langsung tiada pendapatan. Habuk pun tiada. Namun selepas bekerja, kita berkemampuan memperoleh pendapatan sehingga RM30,000 setahun misalnya. Bayangkan, kehidupan kita mendadak naik, dari RM0 menjadi RM30,000.

Namun ‘kekayaan’ itu hanya sekejap. Ramai yang jadi ‘miskin’ semula sebab mengumpul hutang dan beban terlalu banyak dalam tempoh singkat. Kita hidup di atas kadar kemampuan sepatutnya. Kita banyak membeli benda kita tidak perlukan. Kita tidak tahu cara urus duit gaji yang betul. Jika kita sentiasa berbelanja lebih daripada duit gaji, maka sampai bila-bila kita tidak mempunyai sebarang harta.

Kemahiran urus duit ini kita tidak pernah belajar. Tidak pernah ambil tahu untuk tahu. Sedangkan kita memerlukan kemahiran urus duit sehingga kita meninggal dunia.

Jika kita habis belajar pada umur 24 tahun, dan kita ditakdirkan hidup sehingga umur 60 tahun, maka sebenarnya kita memerlukan kemahiran urus duit selama 36 tahun.

Urus duit lebih susah daripada buat duit.

Kebanyakan kita tidak sedar perbezaan buat duit dan urus duit. Bagi kita pendapatan besar setiap bulan menyelesaikan segala-galanya. Malangnya persepsi itu tidak tepat. Urus duit lebih penting. Semua orang mesti tahu cara betul uruskan duit sama ada bergaji tinggi atau rendah.

Sekiranya setiap bulan kita berpendapatan RM10,000 sekalipun, tetapi duit keluar setiap bulan mencecah RM12,000 apalah gunanya? Bak kata orang utara, ‘pi mai pi mai tang tu juga.

Dalam urusan duit cuma ada dua masalah saja:

1. Masalah tidak cukup duit.
2. Masalah terlebih duit.

Dan kedua-dua masalah ini perlukan satu kemahiran utama iaitu kemahiran menguruskan duit. Kemahiran urus duit ini membolehkan duit kita bekerja keras untuk kita.

Kita dapat menjadi tuan kepada duit. Duit menjadi hamba kepada kita. Jika kita tahu cara betul uruskan duit, dengan hanya menyimpan RM100 sebulan, kita dapat mempunyai simpanan sekitar RM335,000 selepas 40 tahun. Justeru, masalah duit yang mana satu kita mahu?

Continue reading

Pelaburan Silver Fizikal

Ketika ini sudah banyak blog dan juga ebook serta buku berbahasa melayu yang bercerita tentang kelebihan menyimpan emas tetapi agak kurang bagi menyimpan silver atau dalam bahasa melayunya perak.

Ramai yang memandang hanya dengan sebelah mata sahaja kerana silver ini diaggap kelas ke 2 lah berbanding emas. Bukan nak kata orang saya sendiri pun sebenarnya tidak membuat tindakkan membeli ebook saudara Ikram Adi ini pada mula ianya dilancarkan. Faktor yang menyebabkan saya tidak bertindak pada ketika itu kerana saya sendiri tidak faham kelebihan silver dan kegunaannya. Jadi peluang membeli ebook Pelaburan Silver ini ketika murah dilepaskan begitu sahaja ketika itu. Oh ruginya…..

Silver banyak digunakan didalam peralatan elektronik, fotografi, barang perhiasan, aplikasi perubatan dan lain-lain lagi berbanding emas yang hanya untuk simpanan dan perhiasan.

Kini saya telah memiliki ebook ini bersama video seminarnya sekali. Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan kandungan yang terdapat didalam ebook ini dan ditambahkan lagi dengan kandungan 10 video rakaman seminar pelaburan silver.

1. Dengan berpandukan panduan yang diberikan saya boleh membuat keputusan sendiri sama ada patut membuat pembelian silver atau tidak.

2. Barulah saya tahu dimana pasaran sekunder silver berada dan kelebihannya. (pemilik silver wajib tahu)

3. Cara menyuburkan kuantiti silver yang dimiliki dengan menggukan teknik tukar ganda.

Ketahui rahsia pelaburan Silver Fizikal dengan klik butang dibawah.

Promosi Dealership GSR

Saya ingin mencari 10 9 orang rakan pengedar terawal dibawah rangkaian saya. Saya ingin memberikan anda 4 peralatan peniaga emas kepada yang berminat menjadi pengedar/dealer bersama dengan saya.

4 alatan peniaga emas iaitu penimbang berat saiz poket,  pengukur saiz cincin (2 jenis) & kanta pembesar.

Bagaimana? Berminat? Sekiranya anda berminat dengan tawaran daripada saya boleh lihat cara mendaftar di sini http://maizul.com/proses-daftar-dealer/

Apa itu GSR?

Gold Silver Resources Sdn Bhd (GSR) adalah sebuah syarikat berdaftar milik persendirian sepenuhnya. Ditubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah akta syarikat 1965 pada 11 November 2011. Aktiviti Perniagaan UTAMA GSR adalah mengeluar ,menjual dan membeli barang kemas, jongkongemas, membeli emaster pakai, dinar, syiling emas dan sebagainya berteraskan emas perak fizikal.

Syarikat GSR membekalkan emas perak dengan harga borong kepada mereka yang ingin menjalankan perniagaan secara kecilan. Kepada mereka yang berminat boleh Contact admin untuk sebarang pertanyaan.

PENTING :
Pihak GSR TIDAK menjalankan aktiviti Pemberian DIVIDEN / HIBAH / KEUNTUNGAN SETIAP BULAN / SKIM CEPAT KAYA yang menyalahi undang-undang Bank Negara Malaysia. Semua Aktiviti GSR berkonsepkan TRADING ( JUAL BELI SAHAJA) – HARAP MAKLUM

Kelebihan Menyertai GSR

1. Yuran sekali seumur hidup.
2. Free – Kos penghantaran produk emas.
3. Free – Kos penghantaran produk perak 1kg keatas.
4. Free – Website Marketing
5. Free – Flayer GSR 200 pcs
6. Free – Bussiness Card 300 pcs
7. Free – Jaket GSR
8. Free – 1 Buku Resit Pembelian
9. Free – Seminar Marketing (Anjuran Dealer/Company)
10. Free – Iklan Di Kosmo
11. Khairat Kematian : RM500 (2 tahun pertama)
12. Jaminan Belian Semula
13. Emas Kami Dijamin Diterima Ar-Rahnu

Diskaun Dan Komisen :

Produk Emas
1. Diskaun RM15/gram Emas 999 (Jewellery)
2. Diskaun RM10/GRAM Emas 916 (Jewellery)
3. Buy Back Direct: RM4/gram
4. Komisyen Direct RM1.50/gram
5. Free Penghantaran

Produk Silver
1. Keuntungan 2-3%
2. Keuntungan Rangkaian 0.6-1.0%
3. Keuntungan Belian Semula 16-21%
4. Free Penghantaran 1kg keatas

Hanya bermodalkan RM1000 sahaja semasa promosi Dealership yang akan berakhir pada 31 Disember 2012, anda layak bergelar Agen/Dealer rasmi GSR..
Apa tunggu lagi?? JOM SERTAI GSR SEKARANG!!

Proses Daftar Dealer

YouTube Preview Image

Mari saya tunjukkan proses Pendaftaran Menjadi Dealer GSR dengan langkah yang mudah:

  1. Sila lawati pautan berikut DAFTAR DEALER – anda akan di bawa ke menu rasmi website GSR2U.
  2. Klik lagi sekali butang merah New Registartion as Dealer di Website Rasmi GSR2U
  3. Kini anda perlu mengisi maklumat butiran anda. Pastikan maklumat Introducer / Sponsor anda ialah maizul dengan Kod Dealer PR0033 dengan nama MAIZUL HISHAM
  4. Penuhkan maklumat yang lain-lain seperti yang dipaparkan.
  5. Pastikan username yang anda daftar atau pilih dengan cermat kerana username anda itu adalah ID Rasmi bagi website percuma anda seperti contoh: www.gsr2u.com.my/maizul – maizul ialah username rasmi saya
  6. Setelah selesai butiran anda dihantar (submit) dalam talian. Sila buat bayaran terus ke Akaun GSR dengan No. Akaun Bank seperti yang dipapark an pada sebelah kiri website rasmi GSR2U. No Akaun GSR:
    1. Maybank : – 5621 0662 1240 …….Gold Silver Resources
    2. CIMB         : – 1205 1311 396 052 …Gold Silver Resources
  7. Pastikan anda buat Screenshot atau Printscreen Payslip jika menggunakan Internet Banking atau ambil slip ATM bagi bukti bayaran untuk GSR. Gunakan Telefon Bimbit anda yang canggih tu & snap payslip tersebut
  8. Emailkan bukti bayaran & salinan MyKad anda kepada admin@gsr2u.com.my & cc kepada saya di admin@maizul.com sebagai rujukan saya untuk mempercepatkan proses pendaftaran anda.
  9. Anda akan dihubungi oleh GSR untuk pengaktifan akaun Dealer anda. Saya akan membantu mempercepatkan proses tersebut.
  10. Nah..anda kini telah menjadi dealer dengan proses yang begitu mudah sekali kan?
    Jika ada pertayaan, sila hubungi saya. Saya akan reply dengan kadar segera.

Top Secret The Billionaire – Filem Thai dari kisah benar seorang taikun snek

Semalam sehari membelanjakan masa menonton cerita Top Secret The Billionaire iaitu sebuah filem Thai dari kisah benar seorang taikun snek “tao kae noi”.

 

 

 

 

 

 

 

Sinopsis

The Billionaire adalah sebuah filem Thai yang diangkat ke layar perak berdasarkan dari kisah benar seorang taikun snek – Top Ittipat, Bermula dari usia 16 tahun – Top adalah seorang yang tidak ada arah kehidupan dan terlalu gila bermain permainan video online. pada usia 17 tahun – Top berhenti sekolah untuk menjadi penjaja kacang. Pada usia 18 tahun – Top terpaksa hidup merempat setelah keluarganya diistiharkan muflis dan meninggalkan hutang sebanyak 4O juta baht. Pada usia 19 tahun – Top mencipta snek rumpai laut yang dinamakan Tao Kae Noi dan dijual di 3 ribu cawangan 7-Eleven di Thailand. Dan kini, di usia 26 tahun – Top adalah taikun snek yang paling berjaya di Thailand dengan jumlah penghasilan sebanyak 800 juta Baht setahun dan mempunyai 2000 pekerja. Itulah dia, Top Ittipat dan ini adalah kisah benar hidupnya.

Jual muka untuk bayar hutang

LONDON: Dua siswazah menjual muka mereka kepada pengiklan dalam usaha untuk menjelaskan hutang pengajian berjumlah hampir GBP50,000 (RM250,000).

Ed Moyse dan Ross Harper, kedua-duanya berusia 22 tahun, melukis logo dan slogan syarikat pada muka mereka selama sehari. Ini akan membolehkan sesiapa saja yang melintas mereka, dapat membaca iklan berkenaan.

Antara syarikat yang menggunakan khidmat itu menerusi buymyface.co.uk setakat ini ialah Ernst and Young, Pipers Crisp dan Mashbo.

Kedua-dua siswazah terbabit yang menuntut di Universiti Cambridge, sudah memulakan projek itu selama 155 hari daripada 366 hari yang mereka rancang dan setakat ini berjaya mengumpul lebih GBP31,000 (RM155,000).

Mulanya, satu iklan berharga GBP1 (RM5) sehari tetapi kini, kedua-duanya menerima begitu banyak permintaan dan harganya naik hingga GPB400 (RM2,000) dan masih terus meningkat.

Moyse dan Harper berkata: “Ia cara di luar kebiasaan untuk kami menjelaskan hutang pengajian. Kami melihat begitu ramai yang gagal dalam permohonan untuk mendapatkan pekerjaan dan akhirnya terpaksa menerima karier yang sebenarnya bukan mereka kehendaki.

“Apa yang kami lakukan ialah sedikit berbeza dan ia bermula dengan agak baik.” – TS

ED Moyse dengan logo Mashbo

ED Moyse dengan logo Mashbo

HARPER menjadi iklan bergerak untuk syarikat Ernst and Young

HARPER menjadi iklan bergerak untuk syarikat Ernst and Young

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...