3 Kategori Matlamat Pemilik Emas.

Tags: , ,

Sebelum anda membeli emas tetapkan matlamat yang ingin anda capai. Di sini boleh saya simpulkan terdapat 3 kategori matlamat pemilik emas. Anda hanya perlu bertindak mengikut apakah matlamat anda sebelum membeli emas.

1. Penyimpan Emas : Kategori penyimpan adalah mereka yang menyimpan emas bagi tujuan pengekalan kuasa beli pada masa depan ini kerana nilai emas tidak terjejas dengan kadar inflasi. Tindakkan : Beli emas ketika mempunyai wang dan simpan emas tersebut selama yang boleh untuk kegunaan masa depan.

2. Peniaga Emas : Mendapatkan keuntungan dengan menjalankan perniagaan menjual beli emas. Mendapatkan hasil keuntungan daripada jual beli emas. Tindakkan : Memborong emas dan menjual emas kepada pembeli.

3. Pelabur Emas : Matlamat adalah meraih keuntungan daripada kenaikkan harga emas. Tindakkan : Membeli emas semasa harga emas rendah dan menjualnya semula apabila harga emas meningkat naik.

Tujuan + Tindakkan = Pulangan

Jadi anda tentukan pulangan bagaimana yang anda kehendaki melalui pembelian emas.

Leave a Reply

CommentLuv badge