Urus Kedai Online Anda Dengan Sistem OpenCart

Tags: , ,

Bagi yang telah lama menjalankan perniagaan menjual produk di internet pasti anda telah menghadapi kesukaran dalam membagunkan sebuah kedai online yang mesra kepada pengguna. Untuk membina sebuah kedai online yang mesra pengguna pada masa kini, anda memerlukan kos yang sangat tinggi.

Anda memerlukan modal sekurang-kurangnya RM1000 bagi memiliki sebuah kedai online yang mesra pengguna. Ianya pasti berbaloi dengan sistem yang interaktif, bersistematik dan memudahkan pelanggan. Ianya seolah-olah anda mempunyai sebuah pasaraya yang menyediakan troli baranganan yang memudahkan pelanggan anda membuat pembelian barang.

Kebanyakkan kedai online pada ketika ini menggunakan blog. Ianya lebih dikenali sebagai blogshop. Pada pendapat saya bagi mereka yang telah mempunyai banyak barang di blogshop pasti anda akan menghadapi kesukaran dalam menguruskan barangan jualan anda yang semakin bertambah.

Salah satu cara bagi mengatasi masalah modal yang tinggi dan mempunyai sistem kedai yang mesra mengguna anda boleh menggunakan Sistem OpenCart bagi membagunkan kedai online anda. Dengan menggunakan Sistem OpenCart anda mudah menyusun barangan jualan anda mengikut kategori.

Sistem OpenCart juga akan membuat pengiraan jumlah pembelian barangan beserta dengan kadar pos yang telah anda tetapkan secara automatik bagi memudahkan pelanggan anda membuat pembelian. Di sini anda mempunyai Juruwang yang akan mengirakan jumlah harga barangan yang akan dibayar oleh pelanggan anda.

Sistem OpenCart juga mempunyai sistem invois yang akan dihantar terus kedalam email pelanggan anda setelah pelanggan anda, seselai membuat pilihan barangan yang ingin dibeli. Pelanggan anda akan dapat melihaatnya seperti resit pembelian yang mana setiap barang akan disenaraikan beserta dengan harga dan jumlah pembayaran.

Sistem OpenCart juga memudahkan peniaga dalam memasarkan produk. Ini kerana Sistem OpenCart dilengkapi dengan sistem affiliate.

Untuk mengetahui lebih banyak lagi kelebihan yang ditawarkan oleh Sistem OpenCart klik bannner di bawah.

Leave a Reply