Hari ini saya ingin berkongsi dengan ada tentang strategi yang dilakukan oleh seorang peniaga dari Sweden, Ingvar Kamprad iaitu pengasas IKEA, rangkaian kedai perabot yang terbesar di dunia. Bagaimana Kamprad memikirkan cara untuk menawarkan perabot yang berkualiti pada harga yang lebih rendah. Strategi penjimatan kos beliau adalah gabungan 5 strategi berikut.
- Membuat pesanan daripada pengeluar dalam kuantiti yang banyak untuk menurunkan kos barang bagi setiap unit.
- Prabot direka dalam bentuk knockdown supaya mudah diangkut ke dalam gudang.
- Menjimatkan kos penghantaran apabila pelanggan melihat lalu membeli, serta mengambilnya sendiri daripada bahagian stor untuk dibawa pulang.
- Pelanggan memasang sendiri perabot mereka, oleh itu kos pemasangan dapat dijimatkan.
- Gedung IKEA beroperasi mengikut konsep margin keuntungan yang rendah pada kuantiti yang tinggi.
Kesemua strategi tersebut membolehkan IKEA menawarkan harga sebanyak 20% lebih murah berbanding pesaing mereka dan membuat keuntungan yang cukup besar.