Kepentingan Minisite Dalam Pemasaran Internet

Tags: ,

Satu lagi produk terbaru edaran saya adalah Pakej Panduan Minisite. Panduan ini merupakan Pakej Video Tutorial bagaimana membina laman jualan mini ataupun lebih dikenali sebagai minisite. Sila lihat contoh video di bawah untuk melihat contoh-contoh minisite yang boleh anda hasilkan.

YouTube Preview Image

Tahukah anda apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan laman web yang dikategorikan sebagai minisite? Di internet, terdapat pelbagai jenis konsep laman web iaitu laman web berkonsepkan shopping cart, content management, blog dan sebagainya.

Namun demikian, tahukah anda laman web yang paling menguntungkan untuk pemasaran internet anda adalah laman web yang berkonsepkan minisite? Ribuan usahawan internet di seluruh dunia menggunakan minisite sebagai laman pemasaran yang paling utama untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka di internet.

Ini adalah kerana minisite telah diakui mempunyai kekuatan dalam menarik perhatian pengguna internet untuk memberi respon terhadap perkara yang dipasarkan menerusi laman minisite. Mengapa saya katakan sedemikian? Ini adalah disebabkan kepentingan pembinaan minisite adalah menjurus atau memfokus kepada 1 jenis tumpuan pemasaran sahaja.

Jika lain – lain jenis laman web sebagai contoh shopping cart, anda akan menghidangkan pelawat dengan pelbagai jenis produk dalam satu masa.  Sebaliknya, penggunaan minisite pula adalah bersesuaian kepada pemasaran 1 jenis produk atau perkhidmatan sahaja. Anda perlu memastikan setiap kelebihan produk dan manfaat yang bakal pengguna perolehi hasil daripada penggunaan produk tersebut harus diceritakan dengan jelas pada laman minisite.

Perkara ini dapat menarik perhatian pengguna untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan produk yang anda pasarkan seterusnya membuat keputusan untuk membeli produk anda. Oleh itu, jika anda belum lagi memiliki sebarang laman pemasaran minisite dan tak tahu cara membinanya, maka saya amat mengesyorkan anda untuk segera membina laman web berkonsepkan minisite anda.

Anda boleh gunakan laman minisite ini untuk mendapatkan senarai prospek, menghasilkan jualan, memberi produk untuk didownload dan sebagainya. Saya tak mahu bercerita panjang, apa kata anda lihat sahaja ke URL berikut untuk maklumat lanjut:


Jika sekiranya anda memang tidak tahu lansung membina laman web dan masih baru serta ingin belajar bagaimana membina laman web, boleh dapatakan Panduan Asas HTML

5 Responses to “Kepentingan Minisite Dalam Pemasaran Internet”

  1. hazman aka species1980 Says:

    Antara ilmu yang perlu diketahui…dalam bisnes internet….

    hazman aka species1980’s last blog post..Seminar SHUTH…

  2. Jacob Says:

    memang lumayan kalau kena caranya

    Jacob’s last blog post..Ducati Offering The Interest Free Finance Deals

  3. rbc Says:

    Sebuah produk tempatan sudah muncul dan merancakkan lagi dunia online tempatan kita.Semoga saudara Maizul berjaya dengan produk ministe ini.

    rbc’s last blog post..Cari Keyword Yang Menjual

  4. amendvinfo Says:

    salam bro…

    thanks beri comment dlm blog aku…mmm…minisite or marketing page or landing page…sama yek?

    ok pendapat aku, kenapa perlu adanya mini web ini?
    biasanya dlm web mini ini ada flow/gaya penulisannya, daripada flow ini, ianya dapat menarik perhatian pembaca serta memberikan “urgency” pada pembaca untuk mendapatkannya. Selain itu juga, ianya spesifik pada satu-satu produk @ perkhidmatan sahaja atau Lebih fokus.

    Belajar dari pakar lebih mudah daripada ‘try n error’. ingat masa sentiasa berjalan, jika anda rasa masa boleh menunggu anda, yes! anda boleh cipta ‘try n error’ anda sendiri, Jika tidak, dapatkan e-book ini.

    yang benar
    amendvinfo

    amendvinfo’s last blog post..Bilakah Peluang Cerah Dalam Network Marketing?

  5. nuwa Says:

    Semoga berjaya dgn produk terkini bro!

    nuwa’s last blog post..Waktu PALING Sesuai Buat Listing

Leave a Reply