10 Perkara Saya Pelajari Dari 10 Jutawan Asia.

Baiklah buku terkini yang saya miliki adalah “10 Perkara saya pelajari dari 10 jutawan asia”. Buku ini telah saya pesan dari penulisnya sendiri iaitu Tuan Sujimy Mohamad. Buku yang dipesan oleh saya ini, datangnya dari Singapura. Ianya merupakan satu kebetulan apabila saya terjumpa satu video di blog abangabu.com. Rupanya video ini mempunyai banyak siri.

Saya telah mengikuti setiap siri video tersebut. Anda boleh tonton video tersebut di bawah. Terdapat 10 episod siri video tersebut.  Anda juga boleh lihat siri satu video tersebut melalui post terdahulu di blog saya ini.
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=DSCZXroDXgs[/youtube]

Ok baiklah berbalik kepada buku. Dari yang yang diceritakan didalam buku barulah saya tahu yang Tuan Sujimy lahir dalam keluarga yang miskin, anak ke 12 dari 15 orang adik beradik tetapi sejak kecil sudah pandai berjimat cermat. Pada usia 16 tahun beliau telah terdedah dengan dunia penerbitan dan sekarang beliau telah memiliki syarikat penerbitan beliau sendiri yang dikenali sebagai Screenbox.

Beliau juga seorang yang sentiasa bersedia berkongsikan rahsia kejayaannya dan seorang yang terbuka dalam mempelajari rahsia kejayaan orang lain.

Salah satu penerbitan rancangan yang dihasilkan oleh syarikat beliau adalah The Million-Makers. Dalam menerbitkan rancangan tersebut banyak perkara yang beliau telah pelajari daripada jutawan-jutawan di asia.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=JAtUMZFHJ-A[/youtube]

Perkara-perkara tersebut telah pun dibukuan dan beliau menyenarai 10 perkara tersebut didalam buku ini. Buku ini diterbitkan dalam dua versi iaitu versi ebook dan versi buku. Saya telah mendapatkannya dalam bentuk buku. Buku ini bagi saya adalah terbaik kerana kualiti bukunya sangat bagus. Sambil membaca anda boleh melihat gambar-gambar fotografi Tn. Sujimy didalamnya. Bagi saya ianya sebuah buku motivasi yang sangat bagus dimiliki. Salah satu pelajaran yang akan anda pelajari didalam buku ini adalah “Mesti Suka Cari Masalah”.

Orang-orang tua selalu berpesan, masalah jangan di cari.

Namun, sebenarnya tidak semua masalah itu buruk untuk anda. Bahkan, kalau anda pandai kenalpasti masalah dan kemudian menyelesaikannya, maka masalah itu boleh menguntungkan.

Anda nak tahu apa yang Tn. Sujimi pelajari daripada 10 jutawan asia? Ketahui rahsianya di sini.

Leave a Reply

CommentLuv badge