Rahsia Jutawan Lelong
Bagi anda yang masih belum mengetahui, buku Rahsia Jutawan Lelong baru sahaja diterbitkan. 2 hari yang lalu saya telah pun menerima buku ini. Buku ini adalah merupakan buku kesinambungan dari buku pertama iaitu Rahsia Raja Lelong.
Buku ini adalah karangan daripada bro Eruwan Gerry Norsen terbitan TrueWealth Publishing. Untuk pengetahun anda kandungan di dalam buku ini lebih advan dan lebih tertumpu kepada 2 laman lelong terbesar iaitu lelong.com.my dan ebay.
Bagi anda yang masih baru saya sangat-sangat mencadangkan anda untuk mendapatkan buku Rahsia Raja Lelong terlebih dahulu. Ini kerana di dalam buku Rahsia Raja Lelong anda akan diajar perkara-perkara asas bagi membuat belian dan jualan di laman lelong. Tetapi sekiranya anda sudah cukup arif dengan laman lelong dan bagi meningkatkan lagi kemahiran anda berjual beli Rahsia Jutawan Lelong mempunyai jawapannya.
Bagi anda yang ingin mendapatkan buku Rahsia Jutawan Lelong boleh mendapatkannya dengan harga diskaun jualan akhir tahun TrueWealth yang akan berakhir pada Khamis tengah malam 18th Dec 08. Jangan lupa beli buku ini. Saya juga adalah merupakan salah seorang pemberi testimonial di dalam buku ini. Jadi dapatkan buku ini dengan di laman TrueWealth.
Review : Panduan Menjual Produk Fizikal
Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pengunjung blog Maizul.com. Baiklah kali ini saya ingin membuat sedikit ulasan mengenai ebook terbaharu shuth iaitu Panduan Menjual ProdukSecara Online. eBook ini diolah dengan mod bacaan santai dan tidak membosankan.
Sejak membaca penulisan shuth di blog beliau telah banyak laman web jualan produk fizikal yang telah beliau wujudkan. Bagi saya shuth memang seorang yang pakar dalam menjual produk fizikal di internet. Ramai juga usahawan internet yang bermula dengan menjual produk fizikal di internet berbanding dengan yang bermula dengan menjual produk digital.
Di dalam ebook ini ada menerangkan mengenai bagaimana anda boleh menjual produk fizikal di internet dengan mengunakan 3 jenis laman jualan. Dibawah ini saya berikan contoh laman web yang boleh anda lihat
- Laman lelongan seperti lelong.com.my atau ebay
- Laman e-commerce
- Minisite
Anda sendiri tentu sedia maklum bahawa menjual produk fizikal di internet mempunyai margin keuntungan yang sedikit berbanding menjual produk digital. Ianya disebabkan oleh kos produk, pembungkusan dan penghantaran yang perlu difikirkan. Yang paling menarik sekali mengenai formula yang diberikan oleh shuth bagaimana untuk memaksimumkan pendapatan dengan menjual produk fizikal. Banyak lagi tip yang dikongsikan oleh shuth yang boleh anda pelajari dan tak rugi anda mendapatkannya. Klik sini untuk maklumat lanjut.
24 Tutorial Cpanel 11
Tentu korang pernah melihat produk cPanel Basics Videos ni kan. Rata-rata usahawan internet menjual video ini atau memberikannya sebagai bonus.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Roger Ho yang berkongsikan video ini di blog beliau. Oleh kerana maizul.com baharu sahaja berpindah ke server netkl, jadi saya agak baharu menggunakan antara muka cpanel 11 ni.
Berbanding server lama yang menggunakan cpanel 10, ciri-ciri yang ditawarkan oleh cpanel 11 lebih menarik. Mungkin ada dintara anda yang telah lama menggunakan cpanel 11 ni.
Walaupun terdapat tutorial ringkas yang disediakan bagi setiap fungsi yang ingin digunakan namun bagi ada juga diantaranya tidak mempunyai tutorial.
Bagi anda yang masih baharu menggunakan cpanel 11 boleh menonton 24 video tutorial ini.
Nantikan Disember ini.
Salah satu buku yang bakal terbit pada bulan Disember nanti “Rahsia Jutawan Lelong” karangan saudara Eruwan Gerry Norsen. Buku ini adalah kesinambungan dari buku pertama belia iaitu Rahsia Raja Lelong. Ianya mengandungi pelbagai perkara yang lebih advan berbanding buku pertama.
Berikut merupakan di antara beberapa perkara yang akan akan anda ketahui di dalam buku terbaru tersebut :
- Kepentingan memulakan Member Store di Lelong.com.my
- Kepentingan memulakan eBay Store di eBay.com
- Contoh-contoh Member Store dan eBay store yang berjaya!
- Rahsia penjenamaan diri dan perniagaan anda!
- Pendaftaran Trademark
- Sebab mengapa anda perlu memulakan laman web anda sendiri
- Cara memulakan syarikat anda sendiri!
- Rahsia mengawal perbelanjaan dan meningkatkan keuntungan lelongan online anda!
- Rahsia mencapai kejayaan di dalam lelongan online dan perniagaan internet! dan banyak lagi…
Upgade Wordpress Secara Automatik.
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda satu plugin wordpress yang menarik. Saya telah mencuba plugin ini di 2 buah blog saya untuk di upgrade. Ternyata ianya sungguh mudah digunakan. Berbanding sebelum ini, sekiranya hendak mengupgrade blog terdapat dua cara yang selalu saya gunakan
1. Cara manual - Perlu download versi wordpress terkini dari laman http://wordpress.org dan upload ke server kemudian install semula wordpress dan restore semula database.
2. Cara Fantastico - Cara yang sering saya lakukan sebelum ini untuk upgrade blog. Masalahnya kene tunggu versi yang terbaharu diaktifkan dahulu baru boleh klik link upgrade.
Lepas ini kalau nak upgrade blog wordpress guna saja plugin di bawah.
Download WordPress Automatic Upgrade
Selamat mencuba.
Buat Duit Dengan Rumah
Buku Buat Duit Dengan Rumah adalah buku terbaru yang telah habis saya baca. Bagi saya ini bagus bagi mereka yang ingin membuat duit dengan rumah. Di dalam buku ini diterangkan dari mula proses untuk membuat saringan jenis-jenis rumah yang boleh anda pilih sehinggalah selesai memiliki rumah pelaburan. Mengenai jenis rumah pelaburan yang boleh dipilih pula terdapat banyak kelebihan dan kekurangan mengikut jenis rumah yang ingin dimiliki.
Di dalam buku ini barulah saya tahu bagaimana cara untuk menambah nilai rumah dan sewa bagi rumah tersebut bukanlah dengan membuat pengubahsuaian terhadap cat rumah, menukar jubin lantai, memasang siling kapur atau membuat pagar baru tetapi dengan membuat pengubahsuaian terhadap bilangan bilik, menambah luas rumah, menambah bilik air, menambah loteng dan menambah luas tempat letak kereta.
Terdapat banyak lagi ilmu yang boleh diperolehi didalam buku ini. Yang paling menarik sekali mengenai dilema membayar habis keseluruhan nilai rumah yang dimiliki atau menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan rumah yang seterusnya. Tahniah buat saudara Shamsuddin Kadir yang telah menulis buku ini.
Pelayar Web Mudah Alih.
Sejak dari semalam saya telah mencuba 3 pelayar web mudah alih. 3 Pelayar web mudah alih yang saya maksudkan ialah Google Chrome, Firefox dan Opera.
Bagi saya fungsi yang paling penting ialah bookmarks di mana di sini terdapat banyak link produk & laman-laman web sering saya lawati disimpan. Bagi memudahkan saya melawati laman-laman web penting ini di mana sahaja menggunakan pelayar web mudah alih tanpa membawa laptop. Pelayar mudah alih ini tidak perlu di install. Hanya dengan mengekstrak fail-fail yang diperlukan ke dalam USB flash (thumbdrive) ataupun cakera keras mudah alih.
Pelayar Web Mudah Alih
2. Firefox
3. Opera
Untuk lain-lain pelayar web yang boleh anda cuba boleh ke sini.
3 Kunci Merancang Masa
Di sini saya ingin berkongsi tentang artikel yang bagi saya sungguh berguna buat saya dan anda juga. Bukan hanya dalam perniagaan malahan dalam kehidupan harian. Bak kata orang masa itu emas.
Dalam menjalankan perniagaan, perancangan masa adalah elemen yang amat penting. Dengan pengurusan masa yang bijak, usahawan dapat melakukan lebih banyak perkara dalam waktu yang diberikan. Ianya dikatakan setiap manusia mempunyai 24 jam yang sama dalam masa sehari. Ianya bergantung kepada kita bagaimana kita menguruskan waktu 24 jam kita yang membezakan kejayaan seseorang.
Berikut adalah 3 kunci merancang masa:
Kunci #1: Rancang hari anda pada malam sebelumnya
Dalam pengurusan masa, lebih banyak anda merancang, lebih banyak masa dapat dijimatkan. Rancang keesokan hari anda pada hari sebelumnya. Sebelum masuk tidur, ambil sekeping kertas dan tuliskan segala aktiviti yang anda perlu lakukan untuk esok hari. Perancangan sebegini akan memudahkan kerja yang dilakukan keesokan hari.
Ianya dikatakan bahawa, 10% daripada masa anda ambil untuk merancang masa, anda akan menjimat 90% daripada masa anda dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan.
Seringkali juga digalakkan merancang pada malam sebelumnya oleh kerana ketika tidur, minda anda umpama bersedia untuk menangani hari yang baru yang penuh dengan perancangan. Kerja akan lebih sempurna dan tersusun dengan merancang pada hari sebelumnya.
DVD Video Usahawan

Alhamdulillah sampai jugak video usahawan pada khamis sudah. Saya mengembil masa 2 hari untuk meneliti keseluruhan kandungan DVD ini. Ramai jugak yang telah mendapatkan DVD Video Usahawan ini sebenarnya sehinggakan cetakan pertama DVD ini telah habis dijual.
DVD ini telah dihasilkan dengan ekslusif dan profesional sekali oleh team jomseminar. Produk dvd video fizikal yang pertama di Malaysia ini adalah merupakan hasil lanjutan daripada seminar perniagaan dan pendapatan internet.
Dvd video ini disediakan khusus bagi bakal usahawan internet yang baru atau pun yang sudah berpengalaman dan disampaikan secara santai. Bagi saya ianya merupakan satu pendekatan penyampaian yang cukup menarik. Saya sendiri geli hati melihat video ni, memang best.
Banyak informasi yang di kongsikan didalam dvd ini sebenarnya contohnya seperti laman-laman web yang sering digunakan bagi membantu usahawan internet untuk membuat kajian, pemasaran dan jualan. Istilah-istilah yang sering digunakan oleh usahawan-usahawan di internet diterjemahkan dengan bahasa yang mudah difahami.
Filem Yang Memberikan Motivasi
Oleh kerana 3 hari bercuti di rumah ni saya rehat-rehatkan diri dengan menonton video yang dapat memberikan motivasi diri kepada saya. Melalui bacaan saya di blog dan buku terdapat filem yang telah ditonton oleh penulis yang dapat memberikan inspirasa dan motivasi kepada mereka. Jadi saya pun taknak ketinggalan untuk menonton filem yang menarik tersebut.
Filem yang telah saya maksudkan adalah Meet The Robinsons. Ceritanya lebih kurang macam cerita yang saya minati iaitu Back To The Future. Apa yang menariknya dalam cerita Meet The Robinsons korang boleh baca mengenainya di blog Dr Irfan yang bertajuk bila cartoon memberi motivasi.
Lagi satu filem yang nak saya tonton adalah Rocky (1976). Cerita lama ni. Saya berminat untuk menonton filem ini kerana di dalam buku Adam Khoo Master Your Mind Design Your Destiny ada menceritakan mengenai sejarah hidup Sylvester Stallone. Bagaimana Sylvester Stallone ini sajak dari kecil dan kemudian mengenai menulis skrip filem dan berlakon watak utama dalam filem tersebut. Banyak juga rintangan yang dia hadapi sebelum skrip filemnya diterima untuk di filemkan. Di dalam buku Adam Khoo beliau menceritakan yang beliau menggunakan muzik latar bagi filem tersebut yang digunakan di dalam telefon bimbitnya untuk mengerakkannya setiap pagi. Katanya muzik tersebut memberikannya semangat. Lebih kurang macam tu la…
Lepas ni nak tonton video yang ditonton oleh usahawan iaitu video usahawan pula. ;) Saya akan menulis ulasan mengenai video DVD tersebut setelah ianya sampai nanti. Kalau anda pernah menonton filem yang menarik dan memberikan motivasi kepada diri anda bolehlah konsikannya di ruangan komen.
Selamat berpuasa.


